Jom Kita Berselawat

Masa Tidur Kena Jaga

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Artikel ini saya tulis untuk menghurai dengan lebih dalam berkenaan dengan 7 tip mudah ingat yang telah saya tulis sebelum ini.

Salah satu perkara yang membantu minda kita mengingat adalah dengan menjaga masa tidur kita.

tidur yang cukup
Tidur nyenyak

Masa Tidur Kena Jaga


Bagi seorang pelajar, tidur yang cukup memang penting. Bila tidur kita cukup barulah badan boleh rehat. Kajian mendapati 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur.

Apa kaitan tidur dengan daya ingatan?

Jawapannya, memang ada kaitan.

Bila tidur tidak cukup, kita akan mudah letih.

Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Saya masih ingat ketika belajar di peringkat sarjana dahulu. Ada seorang pensyarah saya cuba menguji pelajar-pelajarnya dengan pengiraan matematik secara congak.

Setiap kali beliau bagi soalan memang kami tidak dapat menjawab.

Ternyata, walaupun kami masih muda tetapi kami kalah bila mahu berlawan dengan doktor tersebut.

Cuba--->>>  Job Di Rumah untuk menambah pendapatan anda.

Kalau anda ada masalah hutang, cuba ikuti panduan ini --->>> Rezeki Melimpah Ruah
Tag : Tip Belajar
2 Komentar untuk "Masa Tidur Kena Jaga"

Back To Top