Hari Ini Sudah Berselawat

3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Berapa usia anak anda sekarang? Anak saya sekarang sudah ada 3 orang. Yang paling sulung 4 tahun, ke dua 3 tahun dan yang paling kecil baru 3 bulan.


Ya, bila anak-anak semakin membesar, semakin bertambah tanggungjawab seorang ibu bapa.


Salah satu perkara yang kita perlu bagi perhatian kepada anak adalah bagaimana mahu mengajar mereka membaca.


Dalam masa mencari kaedah untuk mengajar anak membaca, saya terjumpa satu teknik mengajar anak-anak membaca yang bernama teknik I sina.


Wah!! Teknik yang lain dari yang lain.


Saya cukup tertarik dengan kaedah yang mereka gunaka.


Jika anda berminat untuk tahu boleh layari laman web teknik I sina. Kalau anda mahu download contoh percuma pun boleh. Klik sahaja --->> Download Percuma Teknik I Sina.


Hari ini saya tidak hanya untuk menerangkan dengan terperinci tentang teknik I sina sahaja. Ini kerana sudah banyak artikel yang saya tulis tentang I sina dan anda boleh rujuk dalam Panduan Membaca I sina.


Dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda tetang 3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia.

belajar membaca teknik belajar berkesan belajar membaca alquran cara belajar berkesan cara membaca alquran mengajar anak membaca cara mengajar anak membaca dan menulis cara-cara belajar yang berkesan belajar membaca cepat cara mengajar anak teknik mengajar anak membaca cepat membaca cara cepat membaca kaedah cepat membaca cara pembelajaran yang berkesan cara belajar al quran kaedah belajar yang berkesan cara cepat membaca alquran teknik teknik belajar yang berkesan anak cepat membaca kaedah pembelajaran yang berkesan teknik cepat membaca cara belajar membaca cara belajar membaca alquran kaedah pembelajaran berkesan kaedah belajar berkesan cara mudah membaca belajar membaca alquran cepat cara mudah belajar membaca alquran teknik pembelajaran yang berkesan cara cara belajar berkesan cara belajar alquran tips mudah belajar cara cepat belajar alquran cara-cara mengajar anak membaca cara pembelajaran berkesan program cepat membaca tips mengajar anak membaca belajar alquran cepat cara mengajar anak membaca dengan mudah teknik mengajar membaca teknik belajar yg berkesan mengajar anak membaca dan menulis kaedah membaca al-quran cara mudah mengajar anak membaca pantas membaca tips mengajar anak membaca dan menulis bagaimana mengajar anak membaca panduan membaca alquran cepat belajar alquran tip mengajar anak membaca belajar alquran mudah teknik anak cepat membaca panduan belajar tips pembelajaran yang berkesan tip-tip belajar yang berkesan cara mudah belajar membaca cara cepat belajar membaca alquran cara cepat belajar membaca dan menulis cara belajar membaca cepat cara cepat belajar membaca
bagaimana nak baca buku ini?


3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia


Kenapa perlu tahu 3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia sedangkan kita sudah ada teknik I sina untuk mengajar anak kita?

Kalau anda asyik ajar dan ajar. Tetapi anak kita tidak juga pandai. Mungkin ada sebab yang menghalang andak anda membaca.


Beberapa kajian telah di buat mendapati bahawa 3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia adalah:

Pengajar Kurang Mahir


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlu memberi fokus yang tinggi untuk setipa murid supaya perkembangan kemahiran kanak-kanak dapat dikawal.


Di samping itu, gangguan emosi pelajar juga perlu dikawal oleh seorang pengajar.


Jika seorang guru itu kurang mahir, bersikap negatif, tidak perihatin dan pilih kasih boleh mengakibatkan proses pembelajaran terganggu.


Oleh yang demikian, Program Belajar Membaca i-Sina telah disusun dengan memberikan contoh skrip pembelajaran kepada pengajar untuk digunakan semasa mengajar. 
Ini bertujuan memastikan bahawa setiap kanak-kanak yang mengikuti kaedah pembelajaran i-Sina ini akan mendapat pengajaran yang menyeluruh dan berkesan.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak meninggalkan (skip) mana-mana pelajaran di dalam program ini. 
Program i-Sina ini telah dicipta sesuai untuk perkembangan pembelajaran kanak-kanak dan jika anda meninggalkan mana-mana pelajaran, program ini berkemungkinan tidak akan begitu berjaya.

 Program Belajar Membaca  Dicampur Aduk


Kebanyakkan ibubapa/guru gemar memperkenalkan beberapa program membaca kepada anak mereka secara serentak.

Kaedah ini beolej mengelirukan kanak-kanak dan seterusnya mengurangkan hasil usaha untuk menjadikan murid itu pandai membaca.

Oleh itu, semasa anda hendak memulakan Program i-Sina ini, pastikan anda tidak mengajar apa-apa kaedah membaca huruf rumi yang lain kepada kanak-kanak, walaupun pembelajaran membaca itu adalah untuk bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris. 

Ini adalah kerana bahasa Inggeris menggunakan huruf-huruf rumi yang sama dengan Bahasa Melayu, namun bunyi gabungan mereka adalah sangat berbeza.

Pastikan murid anda tidak menjadi keliru dan hanya berikan pelajaran membaca dalam bahasa inggeris apabila murid anda telah pandai membaca dalam Bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, pembelajaran membaca dalam bahasa lain yang menggunakan tulisan/huruf atau simbol yang berlainan seperti bahasa Arab (Iqra’/Muqaddam), bahasa Tamil atau Mandarin, tidak akan menjejaskan program ini.

Persekitaran Yang Mengganggu


Persekitaran yang tenteram amat penting untuk seseorang kanak-kanak untuk belajar. Biasanya, di rumah kita ada televisyen, radio dan permainan komputer yang terpasaang boleh mengganggu proses pembelajaran anak kita.

Semasa proses pembelajaran, kesemua pancaindera yang ada seperti mata, telinga dan rasa perlu fokus kepada kaedah membaca sahaja. Barulah tercapai objektif pembelajaran.

Sebab Tambahan


Di samping itu, sebab lain yang menggagalkan anak membaca seawal usia juga perlu diberi perhatian.

Terdapat, banyak keadaan sebenarnya.

Sebagai contoh, ada kanak-kanak boleh membaca tetapi tidak dapat memahami apa yang dibacanya.

Ada yang memang sukar untuk membaca berkemungkinan menghadapi masalah belajar membaca seperti dislexia dan perlu mendapatkan perhatian yang khusus.

Cadangan Penyelesaian


Bagi menghadapi masalah ini, berjumpa dan dapatkanlah nasihat daripada pakar kanak-kanak tentang permasalahan tersebut.

Kita perlu faham, bahawa tahap permasalahan antara seseorang kanak-kanak adalah berbeza.

Kebanyakan masalah membaca dapat diatasi dengan jayanya sekiranya mendapat perhatian awal dan menjalani program rawatan yang khusus.

Pengajar perlu bersikap tegas dan serius (bukan bengis atau garang) semasa mengajar. Hentikan sebarang gurauan atau permainan semasa mengajar program ini. Murid perlu tahu bahawa dia perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa belajar.

Guru atau ibu bapa perlu gunakan Teknik Yang Betul ketika mengajar anak membaca.

Jangan beri tekanan kepada murid anda untuk menguasai skil membaca. Sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, pengajar perlu bersikap prihatin dan pandai mengagak tahap kemampuan kanak-kanak dalam menguasai setiap pelajaran.

Jangan bersikap terlalu mendesak atau tidak sabar untuk melihat murid anda terus pandai membaca. Bersabar dan kerap lakukan ulangan ke atas setiap pelajaran yang diberikan.

Jangan sesekali mematahkan semangat murid anda dengan kata-kata atau sikap yang negatif. Ingat!

Belajar membaca adalah satu pengalaman yang pada awalnya amat mengelirukan untuk kanak-kanak, maka berikan kata-kata dorongan serta pujian terhadap setiap perkembangan murid anda, walaupun sedikit.

Jangan lupa berdoa. Kita hanya boleh usaha. Allah SWT yang tentukan.

Saya doakan anda berjaya.

0 Komentar untuk "3 Sebab Anak Gagal Membaca Seawal Usia"

Back To Top