Hari Ini Sudah Berselawat

Video Pemandu Berzikir Sebelum Dirempuh

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Hari ini saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda sebuah video live Pemandu yang asyik berzikir dan dirempuh.

Saya terjumpa video ini di laman youtube dan berita penuhnya adalah daripada sinar online.


Video Pemandu Berzikir Sebelum Dirempuh

Video Pemandu Berzikir Sebelum Dirempuh


Di dalam video ini kedengaran SEORANG pemandu yang tidak putus-putus berzikir sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan lain yang terlibat dalam sebuah kemalangan lain di Alor Setar, semalam.

Mangsa memuatnaik video rakaman 'dashcam' ke laman Facebook semalam dan meluahkan rasa bertuah tidak ditimpa sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Dalam video berkenaan, suara mangsa kedengaran berzikir tanpa henti selama dua minit.

Ketika melalui sebatang jalan, 'dashcam' mangsa berjaya merakam sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Myvi putih yang sedang melakukan pusingan U terlanggar sebuah kereta lain.

Myvi berkenaan kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan mangsa.

"Syukur alhamdulillah. ALLAH telah memelihara aku daripada sebarang kecederaan yang serius dalam kemalangan jalan raya di Alor Setar pada 27 Oktober 2015 jam 1.48 tengahari," tulis mangsa di Facebook.

Perkongsian mangsa mendapat perhatian hampir 2,000 pelayar termasuk dikongsi semula oleh Facebook Friends of Barisan Nasional (FOAB) dan Friends of PDRM.




 Berzikir maksudnya ingatkan Allah SWT. Kalau kalau kita sentiasa ingat Allah, untungnya kita.

Allah SWT tidak pernah lupakan kita.
  Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Video Pemandu Berzikir Sebelum Dirempuh"

Back To Top