Jom Kita Berselawat

Terkini | Mujahidin Malaysia Di Syria Kembali Ke Rahmatullah



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini saya mendapat berita Mujahidin Malaysia Di Syria Kembali Ke Rahmatullah di Mynewshub. Berita yang mengejutkan saya dan rakyat Malaysia.

Menerusi berita ini, memang jelas bahawa rakyat Malaysia memang berani dan tidak takut mati. Pejuang syahid memang mengejar mati bukannya hidup.

Di bawah ini saya kongsikan petikan berita daripada Mynewshub

Salah seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini. Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.

Maklumat lanjut berhubung kematian beliau tidak dapat diperoleh kerana tinjauan Mynewshub mendapati laman web yang berkenaan telah dihalang (block) oleh pihak Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam. 
Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir. 
Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Gambar Almarhum Abu Turab
Petikan perkongsian daripada Ustaz Lotfi



Biarpun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) atau Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); namun, hal ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Mari kita doakan almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh serta beroleh syahid di sisi Allah SWT.

Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Terkini | Mujahidin Malaysia Di Syria Kembali Ke Rahmatullah"

Al-Fatihah, tetiba terasa sebak pulak dada ni...

Moga ditempaTkn didlm syurga. Amiin..

Sesat.......Abu Bakr Al Bagdadi ialah agen Mossad Yahudi. Nama sebenarnya ialah Simon Elliot.

Back To Top