Hari Ini Sudah Berselawat

Selamat Pulang & Takziah Kepada Jenazah dan Mangsa MH17

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sekarang ini 20 jenazah MH 17 telah sampai ke tanah air yang di bawa pulang dari Amsterdam. Jenazah-jenazah tersebut terdiri daripada 11 orang Islam dan 9 bukan Islam

Suasana pilu selubungi Kompleks Bunga Raya
Suasana pilu menyambut ketibaan jenazah MH17

Sumber dari Sinar Online. Com.
Suasana pilu menyelubungi seluruh pekarangan Kompleks Bunga Raya sebaik sahaja pesawat khas MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 selamat mendarat pada jam 10.05 pagi.
Kelihatan hadirin yang hadir termasuk ahli keluarga, pemimpin utama kerajaan, Ahli Parlimen dan kakitangan MAS kelihatan berdiri sebagai tanda penghormatan.
Turut mencemar duli di Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17  Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pesawat itu dikendalikan Datuk Kapten Misman Leham bersama  Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Penerbangan khas MAS ini bertolak dari Amsterdam,  Belanda kira-kira jam 3.15 petang semalam (waktu tempatan).
Kelihatan Kumpulan Jumblo Cargo Pallet Loader (JCPL) menghampiri pesawat bagi memulakan istiadat.
Seramai 20 penanda mengambil tempat bersedia diikuti kumpulan pengusung untuk menerima jenazah pertama, Mastura Mustafa sebaik pintu pesawat dibuka.
Di bawah ini adalah senarai lengkap 20 Jenazah MH 17 yang di bawa pulang ke tanahair
Senarai Lengkap 20 Jenazah MH 17 yang di bawa pulang ke tanahair
1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam 
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam 
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam  
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam 
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam  
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha  
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh  
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha  
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian  
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian  
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha  
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha  
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian  
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam  
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam  
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam  
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian  
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam  
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam 
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam 
Semoga almarhum dan almarhumah yang tersenarai di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AL-Fatihah

Tag : isu semasa
1 Komentar untuk "Selamat Pulang & Takziah Kepada Jenazah dan Mangsa MH17"

Turut berduka..semoga diberi kesabaran bagi keluarga yang ditinggalkan

Back To Top