Hari Ini Sudah Berselawat

Terkini | Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pagi-pagi lagi saya terdengar radio tentang dun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia. Kemudian saya rujuk dengan Sinar Harian. Memang benar berita dun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia. Semoga Almarhum ditermpatkan dalam golongan orang yang soleh. Berita asal boleh rujuk di Sinar Harian

Terkini | Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia


TUMPAT – Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada jam 5.45 pagi tadi.
Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal di Ghuangzhou, China  ketika mendapat rawatan.
Anak sulung Allahyarham, Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan jenazah akan di bawa ke kampung halamannya di Pasir Pekan, Tumpat hari ini.
Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas.
Allahyarham menyandang Adun Pengkalan Kubor sejak 2004 berjaya mempertahankan kerusi Umno selama tiga penggal berturut-turut.
Al-Fatihah



Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Terkini | Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia"

Back To Top