Hari Ini Sudah Berselawat

Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa Meninggal Dunia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pernahkah anda mendengar suatu ungkapan bahawa di akhir zaman, ilmu akan diangkat dari permukaan bumi oleh Allah SWT.



Ungkapan ini bukan ungkapan biasa-biasa oleh orang biasa, sebaliknya ungkapan ini besangkutan dengan sepotong hadith (maksud):

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, beliau berkata; “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya Allah swt tidak mencabut ilmu dengan cara sekaligus dari manusia.Akan tetapi Allah swt mencabut ilmu dengan cara mencabut (mematikan) ulama. Sehingga kalau sudah tidak ada lagi orang yang berilmu agama,orang akan mengangkat orang bodoh (jahil) sebagai pemimpin mereka. Pemimpin itu ditanya (tentang hukum-hukum agama), dan mereka pun mengeluarkan fakta tanpa ilmu. Maka mereka sesat & menyesatkan orang lain.' (HR: Muslim)

Sehingga kini semakin ramai ulama-ulama hebat telah kembali mengadap Allah SWT. Maka jelaslah apa yang berlaku hari ini seiring dengan maksud hadith di atas.

Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa Meninggal Dunia


Berita yang masih lagi hangat dibincangkan adalah kembalinya Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa mengadap Allah SWT.

Menurut Astro Awani, ribuan umat Islam di Jakarta termasuk juga Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyon  menziarahi jenazah Ulama Masyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa meninggal dunia pada hari Isnin yang lalu.

Mereka sempat menyembahyankan jenazah beliau sebelum di kebumikan selepas Zohor di Jakarta Selatan.

Jenazah Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa ini dikebumikan di Kompleks Makam Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selatan.

Ulama muda ini meninggal dunia ketika berumur 40 tahun di sebuah hospital pada hari Ahad setelah terjatuh di bilik air rumahnya.

Semasa hayatnya, beliau mengepalai Majlis Rasulullah SAW yang menghimpunkan sejumlah umat Islam pada setiap hari Selasa untuk berzikir.

Presiden Indonesia, Yudhoyono menyatakan bahawa Ulama muda ini perlu dicontohi oleh umat Islam Indonesia kerana pada dirinya penuh dengan teladan.

Dalam ucapannya:

"Saya sering bersama beliau. Beliau sangat mendambakan Indonesia yang beragama, Islami dan rakyatnya sejahtera,"

Tambahan lagi, presiden Indonesia ini meminta seluruh jemaah Majlis Rasulullah supaya meneruskan pergerakan yang telah dibangunkan oleh Habib Munzir pada tahun 1998.

Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa. Mudah-mudahan dirahmati Allah SWT.

In sha Allah, jika diizin, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak sejarah ringkas tentang Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa yang hebat ini.


Tag : isu semasa, tokoh
2 Komentar untuk "Ulama Mahsyur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa Meninggal Dunia"

Back To Top