Hari Ini Sudah Berselawat

2 Pelajar Ditahan Kerana Kes Curi Motosikal

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Setiap hari, ada sahaja kes-kes berat yang sebenarnya kita tidak ingin ia berlaku terpampang di dada-dada akhbar.



Lebih menyayatkan hati jika kes-kes yang dikategorikan sebagai kes jenayah tetapi melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

2 Pelajar Ditahan Kerana Kes Curi Motosikal


Berita terbaru adalah 2 Pelajar Ditahan Kerana Kes Curi Motosikal di Lunas. Menurut akhbar Sinar online, pelajar-pelajar ini ditahan sebaik sahaja keluar dari sekolah kira-kira jam 2 petang.

Pelajar-pelajar ini merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menurut Polis Daerah Kulim Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, penangkapan pelajar-pelajar ini dibuat kerana pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya lelaki yang menunggang motorsikal curi ke sekolah.

Berdasakan siasatan awal mendapati motorsikal curi berkenaan biasanya diletakkan kira-kira 100meter dari kawasan sekolah sebelum mereka berjalan kaki ke sekolah. Ini bertujuan mengelakkan kenderaan itu dapat dikesan.

Ghuzlan berkata:

"Pihak Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPPJ) Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, kemudiannya diarah menunggu suspek di luar sekolah dengan berpakaian preman. Sebaik sahaja suspek keluar dari sekolah, kami menahan mereka dan membawa mereka ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan," katanya.
Pihak polis akan meneruskan siasatan dan memburu remaja serta kumpulan yang masih bergerak melakukan kegiatan mencuri motorsikal.

Mendengar kes sebegini membuatkan hati kita sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarga kita.

Selain itu, kepada golongan yang mempunyai anak-anak sudah pasti bimbang dengan anak-anak mereka yang masih mentah untuk menilai perkara baik atau buruk.

Faktor besar berlakunya kes-kes sosial dalam kalangan pelajar-pelajar adalah pengaruh kawan-kawan sebaya.

Bagaimanalah nasib anak kita di masa akan datang. Sekarang ini pun sudah banyak kes-kes berlaku apa tah lagi di masa hadapan.

Semoga Allah SWT memelihara kita.
Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "2 Pelajar Ditahan Kerana Kes Curi Motosikal"

bagi pendapat aiza, keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan persekitaran yang mempengaruhi mereka.. tapi walau sekuat mana pun godaan nafsu jahat, jika hati katakan tak nak insya-Allah tak akan berlaku yang buruk.. sebaliknya jika hati cakap nak pasti akan terus hanyut dibawa arus kejahilan..

saya setuju. Memang pendapat Aiza sejajar dengan kajian psikologi bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga keturunan.

kesian dua budak ni, kecik2 lagi dah jadi jahat

kalau kecik sudah jahat, bagaimana lah bila besar nanti. mudah-mudahan mereka cepat berubah

Back To Top