Hari Ini Sudah Berselawat

Suami Isteri Sorok Mayat Anak

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sedang asyik melayari internet pada hari ini, saya terjumpa satu berita yang cukup menyayat hati untuk dikongsikan bersama.

Kalau sebelum ini, berita tentang sorok mayat hanya kita dengari kerap berlaku di luar dari negara Malaysia.

Suami Isteri Sorok Mayat Anak


Namun, sekarang ini kisah suami isteri sorok mayat anak sudah berlaku di dalam negara kita Malaysia.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Berita yang saya rasakan cukup tragis ini, dilaporkan oleh Sinar Harian, pada 19 September 2013. Allahu Akbar.

Suami Isteri Sorok Mayat Anak


Berdasarkan Sinar Harian, sepasang suami isteri menyorok mayat anak bongsu mereka yang reput selama enam hari di rumah mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3.

Perbuatan yang kejam ini terbongkar selepas ibu bapa rakan salah seorang anaknya datang ke rumah mereka untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak tersebut tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.

Dipercayai, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat lemas terhidup asap dalam satu daripada cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Mengikut kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pasangan itu tidak mahu membuka pintu rumah mereka menyebabkan pengadu terpaksa meminta bantuan polis.

"Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dipercayai menjadi mangsa bunuh," katanya.

Tindakan pasangan itu mahu membunuh diri bersama keluarganya disebabkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung.

Suspek yang mempunyai dua orang anak itu dikatakan pernah melakukan tiga cubaan bagi membunuh ahli keluarganya itu.

“Dalam cubaan pertama pada 11 September lalu, pasangan itu membakar arang di dalam bilik utama bagi membolehkan semua ahli keluarganya mati kerana menyedut asap namun tidak berjaya. Mereka kemudian meneruskan niatnya itu pada keesokan hari menyebabkan salah seorang (anak bongsunya)  meninggal dunia."
Cubaan mereka untuk membunuh diri tidak terhenti pada hari tersebut sahaja kerana mereka masih cuba membunuh diri pada 13 September.

Mereka cuba mencari tempat membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun di sekitar Klang, namun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai.
Mayat anak pasangan tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. Abang mangsa berada di bawah jagaan waris terdekat. 

Pasangan suami isteri bertindak membunuh diri disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pandangan Peribadi


Membaca kes ini cukup memberi pengajaran kepada saya. Allah SWT tujukkan kita sesuatu sebagai peringatan kepada kita.

Dalam dunia yang cukup mencabar ini, majoriti masyarakat kita hidup dalam hutang. Mungkin kerana terpaksa dan mungkin kerana ghairah untuk hidup mewah.

Walaupun apa sahaja alasan yang kita berikan untuk berhutang, tetapi bagi Islam tindakan berhutang diharuskan bagi mereka yang memerlukan. 

Ini bermaksud, berhutang bukanlah cara untuk kita hidup mewah dan bermegah-megah atau dilakukan dengan berleluasa tanpa keperluan asas yang kukuh.

Faktor Berhutang


Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada seseorang itu berhutang iaitu faktor terpaksa dan faktor sengaja.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Faktor terpaksa adalah kerana kesempitan hidup, menjamin orang lain, membantu ahli keluarga yang mengalami masalah kewangan dan sebagainya.

Faktor sengaja antaranya adalah cintakan dunia, tamak, riyak, takabbur, sombong dan tidak bersyukur.

Cara untuk menangani faktor-faktor ini perlulah kembali kepada agama Islam. Tuntut ilmu dan berdoa banyak-banyak agar Allah SWT memberi pertolongan kepada kita semua.

Mudah-mudahan kita dikurniakan kemurahan rezeki yang melimpah ruah.


Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Suami Isteri Sorok Mayat Anak"

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.. mungkin mereka boleh berbincang dengan pihak tertentu (keluarga terdekat atau jabatan kebajikan masyarakat) berkenaan masalah ini.. membunuh diri itu adalah jalan yang terakhir yang membawa ke neraka.. :(

pandangan yang cukup membina. saya setuju...dalam keadaan terdesak, syaitan mudah menghasut kita. nauzubillah...

Semasa gagal percubaan membunuh diri tu mereka sepatutnya sedar yg itu merupakan satu petunjuk dan bunuh diri pastinya jalan yang salah.

betul tu...Allah Maha Pengasih lagi Maha penyayang...Dia masih memberi peluang untuk bertaubat

Back To Top