Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Pernahkah blogger-blogger di luar sana mendengar kata-kata hikmah daripada Saidina Ali RA tentang harta dan Ilmu?
Kepada yang pernah dengar, bolehlah ingatkan kembali. Kepada yang belum pernah mendengar, hari ini saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmah daripada Saidina Ali RA yang cukup bermakna dalam kehidupan kita.
Antara Harta Dengan Ilmu
Kata-kata Saidina Ali RA tentang hal ini adalah:
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
Ungkapan yang dinyatakan oleh Saidina Ali RA tersebut bukan kata-kata biasa-biasa tetapi memang cukup luar biasa.
Berapa ramai orang yang mempunyai harta tidur tidak lena? Berapa ramai yang pernah menjadi kaya akhir muflis?
Berapa ramai orang yang asalnya susah tetapi dia boleh jadi kaya raya hasil daripada ilmu yang dia praktikkan?
Tidak salah kalau hendak mencari harta, tetapi yang penting mesti cari ilmu terlebih dahulu. Umpamanya, sekiranya kita hendak berjaya dalam bidang Affiliate, kita perlu ada ilmu.
Ilmu yang bermanfaat dapat membawa kita kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan dengan izin Allah Tuhan Maha Kesempurnaan.
7 Komentar untuk "Antara Harta Dengan Ilmu"
Ok ke artikel ini
@Faizal mohamad twon tawi
Entahlah
Faizal mohamad twon tawi
Cuba lagi
cuba jangan tidak cuba
bagus-bagus
Cubaan comment
Alhamdulillah berjaya juga akhirnya keluarkan paparan komen macam ini