Hari Ini Sudah Berselawat

6 Cara Belajar Yang Bijak

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 


Alhamdulillah saya telah melalui sistem pembelajaran secara formal sejak dari bangku sekolah dan sehingga ke peringkat IPTA.

Berdasarkan pengalaman, saya dapati pelbagai cara dan gara untuk belajar yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar.
tip belajar, bijak, belajar, berfikir

Dalam banyak-banyak cara yang saya cuba praktikkan dan perhatikan, saya boleh simpulkan beberapa perkara yang boleh di jadikan sebagai Cara Belajar Yang Bijak.

6 Cara Belajar Yang Bijak


Untuk belajar secara bijak kita perlu ada strategik yang baik. Di bawah ini saya senaraikan 6 Cara Belajar Yang Bijak.
  1. Sempurnakan semua tugasan rumah atau tugasan membaca
  2. Tulis dan ulang baca idea-idea dengan perkataan sendiri
  3. Hadiri semua kelas
  4. Jadualkan masa belajar yang mencukupi
  5. Ulangkaji nota 
  6. Cari bantuan jika ada kekeliruan.
Jom kita baca satu persatu


Sempurnakan semua tugasan rumah atau tugasan membaca

Apabila cikgu atau pensyarah memberikan tugasan untuk dilakukan di rumah atau asrama, cuba selesaikan secepat mungkin.




Jangan tangguh.

Nanti anda merasa terbeban dengan tugasan lain yang semakin bertambah.

Anda perlu ingat bahawa tugasan yang diberikan adalah untuk membantu anda faham dan mahir sesuatu perkara dalam subjek yang dipelajari.

Tulis dan ulang baca idea-idea dengan perkataan sendiri

Bila anda membaca buku atau membuat nota sendiri, cuba keluarkan idea-idea daripada bahan yang anda baca dan ulang dengan idea-idea tersebut dengan perkataan sendiri.

Cara ini sangat berkesan untuk anda faham dan ingat.


Hadiri semua kelas


Jangan ponteng kelas kecuali anda mempunyai alasan yang amat kukuh. Contohnya anda sakit atau ada kematian.


Ini kerana, kelas yang anda ponteng amat merugikan diri anda.

Jadualkan masa belajar yang mencukupi

Kebiasaannya, anda terpaksa mempelajari beberapa subjek bagi satu semester atau tahun. Jadi, anda perlu jadualkan masa belajar supaya subjek yang anda pelajari itu seimbang dan mencukup.


Jika anda tidak ada jadual belajar, kemungkinan besar anda tidak mampu mengulangkaji kesemua matapelajaran yang anda belajar.

Ulangkaji nota 

Bila anda sudah ada jadual, ia akan memudahkan anda mengulangkaji nota. Setiap pelajar mesti mengulangkaji nota yang telah mereka buat.

Kebiasaannya, di dalam kelas tidak semua nota sempat diambil atau faham.

Oleh itu, semasa ulangkaji nota, anda boleh menyemak sekiranya terdapat kekurangan maklumat atau kefahaman semasa kamu belajar di dalam kelas.

Cari bantuan jika ada kekeliruan.

Apabila anda mempunyai jadual untuk ulangkaji, anda berpeluang untuk mengetahui kekurangan atau kekeliruan yang wujud.

Jadi, bolehlah anda dapatkan bantuan daripada rakan-rakan mahupun cikgu atau pensyarah kamu.
Ini bertujuan untuk menenangkan fikiran kamu yang dilanda kekeliruan.


Semoga 6 Cara Belajar Yang Bijak yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba. Rugi tidak mencuba.


Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "6 Cara Belajar Yang Bijak"

Back To Top