Hari Ini Sudah Berselawat

Affiliate Itu Apa?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sebaik sahaja log in blog saya hari, jiwa rasa tertarik-tarik untuk berkongsi suatu perkara yang telah lama bertapak dalam dunia internet. 



Sudah ramai yang menceburkan diri dan berjaya mendapatkan hasilnya. Sejujurnya, bidang ini telah membuatkan ramai orang tersenyum kerana pulangan yang diperolehi tidak menghampakan.

Apakah perkara itu? Tidak lain tidak bukan program  affiliate . Suatu program menjana duit secara online.

Di negara kita, telah ramai pakar yang boleh dipanggil sifu dalam bidang ini. Antara sifu-sifu yang boleh dijadikan mentor atau rujukan adalah: 

Ahmad Faizal@ Titan.
Rahman Basri
Tengku Faris
Jamalludin Bahari 
Razif Yusof

Affiliate Itu Apa?

Secara ringkasnya affiliate ini adalah ajen jualan langsung. Macam ajen jualan (sales man) produk-produk fizikal seperti kereta, barangan kosmetik dan sebagainya. 

Namun, pada pandangan saya affiliate ini merupakan ajen jualan yang dibuat secara dalam talian atau internet tanpa perlu berada di dalam kedai atau berhujan panas mencari pelanggan.

Lebih jelas lagi, affiliate ini merupakan satu pekerjaan mempromosi sesuatu produk dan mendapat komisien apabila kita berjaya dapat menjual produk tersebut.

Bagaimana Hendak Dapat Hasil?

Kerjanya promosi, promosi dan promosi. Terdapat berbagai-bagai cara atau alat hendak mempromosi suatu produk. Semakin banyak alat  / tool yang kita guna semakin berkesan dan hasilnya cukup menyeronokkan.

Apabila sesuatu produk affiliate yang kita promosi di klik dan dibeli oleh pelanggan maka kita bakal mendapat imbuhan. 

Ini merupakan contoh link affiliate:

Pendaftaran Adalah Percuma

Satu kelebihan yang ada dalam affiliate adalah pendaftarannya percuma sahaja. Untuk mendaftar, biasanya akan ada di bahagian bawah sesuatu laman web jualan.

Kalau tidak ada link, boleh emel terus kepada tuan affiliate sesuatu produk. In Shaa Allah beliau akan respon dengan pertanyaan kita.

Affiliate Adalah Teknik Bisnes Untuk Beginner

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan perniagaan, bolehlah menggunakan teknik ini kerana tiada kos promosi yang diperlukan. Hendak promosi dekat laman sosial pun percuma.

affiliate ini bukan sahaja untuk orang yang ingin berniaga, tetapi sesiapa sahaja yang ada masa lapang dan boleh melayari internet. 

Pesanan saya, apa-apa pun bidang yang hendak kita ceburi kita perlukan ilmu. Tidak rugi melabur untuk dapatkan ilmu.


0 Komentar untuk "Affiliate Itu Apa?"

Back To Top