Hari Ini Sudah Berselawat

Mengapa Kain Jiran Kotor

Assalamualaikum WBT

Dalam mengisi masa terluang, saya teringat sebuah kisah pendek yang ada sedikit pengajaran. Saya teringin sekali berkongsi dengan rakan blogger dan anda semua.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri bersama dengan dua orang anak mereka yang baru sahaja berpindah ke rumah baru mereka di sebuah taman sedang bergotong-royong mengemas rumah. Mereka begitu teruja dengan rumah baru mereka.



Mereka membahagi-bahagikan tugas membersihkan rumah dengan teratur supaya aktiviti gotong-royang dapat dijalan dengan baik. Si ibu dan anak sulungnya  mengemas rumah di sebelah atas, manakala ayah dan anak keduanya membersihkan rumah di bahagian bawah. 

Ketika si ibu sibuk menyapu lantai, tiba-tiba dia bersuara kepada anak sulungnya yang sendang mencuci tingkap. " Ali, cuba kamu datang ke sini sekejap. Kamu cuba lihat ampaian di rumah jiran kita itu. Ibu rasa, mereka tidak pandai membasuhkan kain. Semua kain yang disidai kelihatan kotor."

Anaknya yang sedang tekun mencuci tingkap hanya tersenyum mendengar tutur kata ibunya. Lalu dia kembali meneruskan aktiviti mencuci tingkap tersebut.

Esok pagi, si ibu naik ke atas rumah sekali lagi untuk melihat keadaan lantai yang dimop petang semalam. Si ibu dengan teruja memanggil anaknya Ali ke atas rumah. 

"Ali, cuba kamu lihat kain di ampaian rumah jiran kita. Mereka sudah pandai membersihkan pakaian. Semuanya kelihatan putih bersih." jelas ibu Ali.

"Ibu, Ali rasa jiran kita memang pandai membersihkan kain sejak semalam lagi. Semasa ibu memandang ampaian jiran kita semalam menerusi tingkap ini. Ianya belum Ali cuci lagi. Hari ini, semua tingkap telah Ali cuci sebab itu ibu nampak pakaian jiran kita bersih." ujar Ali.

Ibu Ali terdiam membisu. Barangkali dia menyesal kerana terlalu sibuk memikirkan kekurangan yang ada pada orang lain. Sedangkan ada kelemahan diri yang terpampang didepan matanya sendiri.
Tag : Cerita
2 Komentar untuk "Mengapa Kain Jiran Kotor"

askm, kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. biasa berlaku dan peringatan ni.

Back To Top