Hari Ini Sudah Berselawat

Tahun Baru 2013

Assalamualaikum WBT

Hampir tiga tahun saya mengendalikan dua buah blog iaitu Nota Insan dan Nota Mengajar Belajar  yang saya sayangi. Setelah saya berbincang dengan adik saya Saljuhumairah beberapa perkara tentang dunia blogger, Saljuhumairah mencadangkan agar saya memfokuskan sebuah blog sahaja. Lagipun, saya juga sibuk dengan tugasan harian dan komitmen keluarga yang kian mencabar.

Blog Nota Insan yang saya mampu bangunkan ini mempunyai nilai yang tinggi buat saya. Dari segi namanya, saya mendapat ilham dari Allah SWT menerusi sebuah buku Nota Pada Diri terbitan Nuffair Street.



Bukan niat saya untuk meninggalkan blog kesayangan saya ini. Namun, setelah direnung-renung dengan ilmu yang tidak seberapa, saya rasakan konsentrasi lebih baik dan perkara ini lebih bermakna dalam dunia blogger.

Justeru, tahun baru 2013 ini merupakan titik tolak bagi saya untuk fokus kepada Nota Mengajar Belajar yang mungkin memberi lebih nilai tambah buat diri saya dalam mendidik diri menulis dalam dunia blog.

Walaubagaimana sekalipun, Insya Allah blog Nota Insan akan sentiasa segar di hati.

Tag : Santai
0 Komentar untuk "Tahun Baru 2013"

Back To Top