Hari Ini Sudah Berselawat

Maharaja Lawak Mega Final: Johan Kembali

Assalamualaikum WBT

Saya tidak boleh menonton rancangan Maharaja Lawak Mega minggu terakhir yang disiarkan secara langsung di Astro Warna kerana saya tiada Astro. Tetapi boleh sahaja kalau hendak menonton siaran ulangannya di youtube.

Saya difahamkan Maharaja Lawak Minggu Terakhir ini lebih berseri dengan kehadiran pelawak tanahair Johan yang bergandingan dengan Zizan.

Begitu ramai peminat kepada tim Johan dan Zizan ini. Saya juga meminati pelawak seperti mereka ini. Kalau tengok dalam youtube itu para penonton ketawa berdekah dekah melihat gelagat Johan dan Zizan beraksi.



Melihat akan video tersebut, tiba-tiba hati tersentak seketika teringatkan pesan seorang ustaz dalam satu majlis ilmu. Ustaz tersebut ada menyebut,
"Kita dibenarkan ketawa oleh Rasulullah SAW, tetapi Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)"
Bila teringatkan apa yang ustaz ucapkan dalam kuliah itu, saya mula terpandang pada diri, "Banyaknya berkara lalai yang saya sering lakukan." 

Ya Allah ampunkan dosa aku...

Enhanced by Zemanta
Tag : Santai
4 Komentar untuk "Maharaja Lawak Mega Final: Johan Kembali"

cik tom xpernh tgk MLM ni..cuma ada la tgk kl tgh makan kt kdai makan tue..cuma ada part yg rs lawak memperbodohkan diri sendiri or org lain tue xpatut..

CP minat maharaja lawak nih lagik2 jozan ngan jambu , terima kasih mengingatkan ek

Sebagai manusia, kita memang lemah. Jadi, kita perlu berhati-hati dalam setiap segi....peringatan untuk diri sendiri.

When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox
and now each time a comment is added I get several emails
with the same comment. Is there any way you can
remove me from that service? Many thanks!

Feel free to surf to my web blog :: Continue Reading

Back To Top