Jom Kita Berselawat

Teruskan Beramal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berdasarkan pengalaman saya semasa menjadi pelajar sepenuh masa dahulu, bulan Ramadhan paling seronok belajar kerana ada masa yang lebih panjang.

Suatu keadaan yang menarik yang perah saya alami ketika belajar dahulu adalah semakin kerap saya melakukan perkara mendekatkan diri dengan Allah SWT, semakin kuat dan bersemangat untuk belajar. 


Teruskan Beramal

Bulan tarbiyah (Ramadhan) telah pun pergi meninggalkan kita. Aidilfitri pun sudah semakin terasa berjauhan. Bagaimana dengan amalan yang telah dikerjakan dengan bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan?

Mudah-mudahan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan menjadi momentum untuk kita terus beramal dalam 11 bulan selepas Ramadhan sehingga tiba Ramadhan lagi.

Marilah kita kembali mengimarah masjid, surau atau musolla yang merindui kita. Rancang kehidupan kita agar amalan kita dapat berjalan hampir sama dengan perbuatan kita di bulan Ramadhan.

Jangan lupa, puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal yang Allah SWT anugerahkan kepada kita untuk kita menambahkan amalan, memohon keampunan dan mencari ketakwaan.

Ikhlaskan diri dalam beramal. Taruskan mencari, mencari dan mencari ilmu.

Wallahualam
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Teruskan Beramal"

Back To Top