Hari Ini Sudah Berselawat

Ulamak Penyambung Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Tahukah anda bahawa sistem pendidikan pada hari merupakan sistem yang ditinggalkan oleh golongan yang mewarisi Rasulullah SAW.

Ilmu yang ada di atas muka bumi sebenarnya adalah bersumberkan wahyu Allah SWT. Walaupun ilmu mencipta keretapi, telefon dan jambatan pulau pinang.

Ulamak Penyambung Ilmu


Terdapat tiga pecahan ilmu yang ulamak-ulamak sediakan untuk kita umat Nabi Muhammad SAW bagi memberi kefahaman kita tentang ilmu Allah SWT. 


Walaubagaimana, perlu diingat bahawa kita sebagai makhluk yang hina, tiada daya upaya dalam menguasai ilmu yang Allah SWT anugerahkan di muka bumi ini. 


Namun, usaha mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslimin dan muslimat sehingga ke akhir hayatnya sebelum dia berpindah ke alam barzakh.

Tiga ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf. Ilmu Tauhid murapakan akidah umat Islam, ilmu feqah berhubung dengan syariat dan ilmu tasawuf berhubung dengan hati.

Nabi SAW telahpun pergi meninggalkan kita di dunia ini dan baginda meninggalkan panduan-panduan untuk kita turuti dan bagaimana untuk kita mempelajari panduan-penduan itu ialah melalui penyampaian oleh waris-waris Nabi SAW iaitu ulamak.

Saban hari para ulamak bertungkus-lumus untuk menyampaikan ilmu Allah SWT kepada ummah demi menyelamatkan kita daripada terpesong ke jalan yang sesat.

Jesteru, gunakan kesempatan yang ada untuk kita berusaha mencedok ilmu yang ada daripada ulamak demi mencapai redha Allah SWT.

0 Komentar untuk "Ulamak Penyambung Ilmu"

Back To Top