Hari Ini Sudah Berselawat

3 Elemen Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa saya belajar di peringkat sarjana pendidikan dahulu, tajuk penyelidikan projek sarjana saya adalah "Hubungan Kecerdasan Kejayaan dengan Pencapaian Akademik Pelajar Kejuruteraan UTHM."

Kajian yang saya lakukan ini adalah untuk melihat elemen-elemen  kecerdasan kejayaan atau successful intelligent yang diutarakan oleh Robert J. Sternberg.dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan.

Alhamdulillah, secara umum hasil kajian memang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara elemen kecerdasan kejayaan dengan pencapaian akademik.

Anda ingin tahu apakah elemen kecerdasan kejayaan yang saya kaji?

3 Elemen Kejayaan


Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa elemen kecerdasan kejayaan atau Succesful Intelligent yang di kaji dan diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi iaitu Robert J. Sternberg.

Beliau telah membuat banyak kajian tentang orang-orang yang berjaya. Secara kesimpulan beliau mendapati bahawa orang yang berjaya ialah orang yang yang mempunyai tiga jenis keupayaan atau kecerdasan iaitu:
  1. Keupayaan analitikal- kebolehan memecahkan masalah yang kompleks (besar) kepada sub masalah (kecil) dan diselesaikan setiap sub masalah tersebut
  2. Keupayaan kreatif- kebolehan menyelesaikan sesuatu permasalahan dari pelabagai sudut atau cara.
  3. Keupayaan praktikal-kebolehan mengaplikasikan teori kepada amali.
Oleh itu, setiap pelajar yang ingin berjaya perlu menggilap 3 Elemen Kejayaan atau keupayaan yang ada dalam diri mereka untuk mengeluarkan ke tiga-tiga jenis keupayaan ini.

Kejayaan boleh ditafsirkan sebagai pencapaian kepada sesuatu yang diidamkan oleh seseorang. Maka itu, teruskan berdoa dan berusaha untuk berjaya
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "3 Elemen Kejayaan"

Back To Top