Hari Ini Sudah Berselawat

Menguruskan Masa


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam tidak sempat untuk saya menulis dalam blog ini sebab ada masalah internet. Alhamdulillah hari dah semakin baik dan saya harapkan ia terus baik. Saya sedang cuti semester dan baru sahaja Latihan Mengajar di Terengganu.

Hari ini saya ingin menulis sesuatu yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. Dalam menempuh kehidupan harian kita banyak perkara yang perlu kita lakukan walaupun perkara utama yang dilakukan merujuk kepada bidang yang kita ceburi dan bagi umat Islam ibadat wajib mesti ditunaikan.

Saya ingin memfokus kepada pelajar seperti yang dinyatakan oleh Hanafi Ismail(2005) iaitu kejayaan seseorang itu bukan dinilai dari segi akademik sahaja tetapi juga dalam amalan harian seseorang pelajar. Antara perkara penting yang perlu diambil berat oleh seseorang pelajar ialah menguruskan masa pembelajaran mereka dengan berkesan supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berdisiplin.

Ibadah solat merupakan ibadah wajib yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim dan perbuatan solat mesti mengikut masa yang ditetapkan 5 kali sehari. Kita tidak boleh solat Asar pada waktu malam atau solat Isyak pada waktu siang. Dalam Al-Quran, Allah S.W.T. bersumpah berkenaan masa di mana manusia sesungguhnya berada dalam kerugian...(boleh rujuk surah Al-As).

Saya rasa di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengurusan masa bukan sahaja kepada pelajar malah seluruh manusia tanpa mengira apa bidang yang diceburi. Mari lah kita usaha untuk menyusun jadual harian dan mengikut jadual yang kita rancangkan sendiri.

"Manusia bukan bersedia untuk gagal tetapi gagal untuk bersedia"

Rujukan:

Hanafi Islmail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Menguruskan Masa"

Back To Top