Jom Kita Berselawat

Semester Baru Januari 2010 di PUO

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kita semua diizin Allah SWT untuk menyedut udara di bumi ini lagi. Kami di Politeknik Ungku Omar (PUO) sedang sibuk membuat persediaan untuk melangkah ke semester baru Januari 2010. Sepuluh tahun lagi untuk sampai ke 2020. Pelajar-pelajar baru dan lama mendaftar pada minggu ini. Saya harapkan semua warga PUO yang hadir pada semester ini dapat membuat persediaan yang cukup rapi dan penuh berdisiplin mengikut lunas-lunas agama Islam. Semoga kita semua mendapat kerahmatan dari Allah SWT.
Tanamkan azam yang kuat di dada untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Tingkatkan semangat untuk melakukan perubahan yang baik kepada lebih baik. Motivasikan diri supaya diri kita dapat beramal dengan beristiqamah dan bersungguh-sungguh. Kunci kejayaan yang utama dalam pelajar bukanlah kepandaian tapi disiplin dan kerajinan.
Tuntutlah ilmu, banyakkan membaca, banyakkan berbincang tentang perkara yang berfaedah.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Semester Baru Januari 2010 di PUO"

Back To Top