Jom Kita Berselawat

Tujuan Pembelajaran

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:

¨ Mempelajari dan memahami sumber-sumber tenaga, sambungan sel, persamaan gelombang, jumlah gelombang dan vektor.
¨ Mempelajari dan memahami komponen-komponen elektrik pasif seperti rintangan, kemuatan dan kearuhan serta faktor-faktor yang mempengaruhi komponen tersebut.
¨ Mempelajari dan memahami prinsip teori litar seperti penggunaan Hukum Ohm dalam litar siri, selari dan siri-selari untuk rintangan dan kemuatan, penggunaan Hukum Kirchoff voltan/arus, penggunaan Teorem Thevenin serta transformasi ‘star-delta’.
¨ Mempelajari dan memahami gabungan rintangan, aruhan dan kemuatan dalam litar siri, selari dan siri-selari, prinsip rajah vektor, faktor kuasa dan pembetulan faktor kuasa.
¨ Mempelajari dan memahami teori kemagnetan seperti fluks medan magnet, hukum tangan kanan, bahan magnet dan bukan magnet serta prinsip kendalian pengubah.
¨ Mempelajari dan memahami prinsip penjanaan, sumber tenaga untuk penjanaan, kelebihan dan kekurangan sistem janaelektrik.
¨ Mempelajari dan memahami komponen-komponen loji elektrik hidro dan permintaan tenaga elektrik.
Tag : E1001, Politeknik
0 Komentar untuk "Tujuan Pembelajaran"

Back To Top