Hari Ini Sudah Berselawat

Ringkasan Psikologi Moden

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...

Perbincangan tentang Psikologi terlalu jauh dan meluas. Dalam entri kali ini, saya ingin menerangkan beberapa Ringkasan Psikologi Moden.

Ringkasan Psikologi Moden

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Photo credit: Wikipedia)

1. Psikologi KlinikalKajian tentang cara untuk merawat mental, emosi, perasaan, masalah perkahwinan dan tingkah laku tidak terkawal. Contoh masalah kronik yang cuba dirawat ialah schizophrenia.

2. Psikologi Fisiologi
Kajian tentang pertalian antara proses tubuh badan dengan tingkah laku. Fokus kajian adalah pada fungsi organic terutamanya sistem saraf.

3. Psikologi KaunselingKajian yang bertujuan untuk membantu seseorang dalam berdepan dengan masalah mental dan keadaan yang sukar secara efektif. Psikologi kaunseling hampir sama dengan psikologi klinikal. Antara kajian yang dibuat ialah mencari factor tingkah laku tidak terkawal dan keberkesanan beberapa jenis psikoterapi dan kaunseling.

4. Psikologi Personaliti
Kajian mengenai perbezaan antara individu dari aspek sosiabiliti, sifat kendiri, ketakutan, keperluan untuk berjaya dan keagresifan. Ahli yang mahir dalam bidan ini mampu menentukan punca seseorang gembira, sedih, gementar dan sebagainya. Perbezaan dari segi jantina, bangsa dan kumpulan budaya juga menjadi topik kajian.

5. Psikologi Perkembangan
Kajian tentang faktor yang menentukan tingkah laku manusia sejak dari paralahir sehingga dewasa. Prinsip peringkat kanak-kanak, ramaja, dan dewasa juga menjadi bahan kajian.

6. Psikologi Industri Dan OrganisasiKajian dalam bidang ini tertumpu kepada isu-isu praktikal seperti memilih dan melatih yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan keselesaan tempat kerja serta kesan penggunaan computer dan automasi kepada pekerja. Masalah seperti tekanan di tempat kerja akan cuba ditangani oleh pakar dalam bidang ini.

7. Psikologi EksperimentasiKajian terhadap proses psikologikal yang asas termasuk belajar, mengingat, perasaan, persepsi (pandangan), kognitiviti dan motivasi. Antara kajian yang cuba dibuat ialah tentang bagaimana individu mengingat, bagaimana individu boleh terlupa dan lain-lain lagi.

8. Psikologi PendidikanKajian tentang dua bidang yang berbeza. Namun, psikologi dan pendidikan mempunyai hubung kait yang bertujuan untuk membangunkan kemampuan manusia belajar. Kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah dewan kuliah dan sebagainya.

9. Psikologi Sosial
Kajian tentang tingkah laku individu dalam situasi kumpulan dan perhubungan antara manusia atau perhubungan antara kumpulan. Bidang ini cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu yang dikuasai oleh khayalan atau ada orang lain bersamanya. 

Semoga Ringkasan Psikologi Moden ini dapat digunapakai oleh pelajar-pelajar atau pendidik-pendidik dalam bidang pengajian.

Sumber:
Baharom Mohamad, Ahmad Esa dan Husin Junoh (2008). “Psikologi Pendidikan Dalam PTV”. Johor: Penerbit UTHM
Enhanced by Zemanta
Tag : Psikologi
0 Komentar untuk "Ringkasan Psikologi Moden"

Back To Top