Hari Ini Sudah Berselawat

Apa itu Pengurusan?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam mana institusi memerlukan pengurusan yang baik. Terlebih dahulu kita perlu tahu Apa itu Pengurusan?


Apa itu Pengurusan?


Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.


Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.

Tujuan dan objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin dicapai.

Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Ringkasnya proses perancangan ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.


Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan.

Disamping itu pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan.


Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.

Beberapa faktor yang terlibata dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi.


Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.

Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil.

Pengawasan aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku.

Apabila kita ketahui Apa itu Pengurusan? mudahlah untuk kita memahami dan mengaplikasi pengurusan dalam istitusi terutamanya pendidikan.
0 Komentar untuk "Apa itu Pengurusan?"

Back To Top