Hari Ini Sudah Berselawat

Sedikit Tentang Kejayaan


Gambar dari:Catatan dari seorang pengemis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kejayaan merupakan satu harapan yang diidam-idamkan oleh setiap insan. Walau apa sekalipun latar belakang seseorang, dia akan tetap menginginkan satu kejayaan dalam bidang yang diceburinya sama ada dari sudut pekerjaan, ilmu dan minat serta hobi. Sebenarnya yang menunjukkan suatu kejayaan itu adalah subjektif dan berbeza kepada individu yang berlainan. Pastinya ke semua idaman dan impian untuk beroleh kejayaan ini mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk digapai akhirnya. Selain mempunyai maksud tersendiri, kita juga memerlukan perancangan atau strategi untuk mencapai kejayaan yang kita maksudkan itu di samping kita juga perlu mengkaji potensi diri, sumber yang membantu dan sejauh mana kemampuan kita melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kejayaan.

Terdapat banyak definisi “kejayaan” yang telah dirumus orang dan masing-masing dengan tujuan dan penekanan tersendiri. Bagi sesetengah pihak individu, kejayaan mungkin bermaksud kekayaan, kesihatan, kegembiraan, pengiktirafan, keluarga yang baik, kepuasan dan ketenteraman fikiran. Merujuk kepada penulisan Earl Nightingale dalam Swv Khera (1999), kejayaan merupakan usaha berterusan yang dilakukan untuk mencapai matlamat yang wajar. Berdasarkan Kamus Dewan pula, kejayaan diambil daripada kata “jaya” dan “berjaya” diertikan dengan: menang, berhasil, mencapai kemajuan.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada 
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Sedikit Tentang Kejayaan"

Back To Top