Hari Ini Sudah Berselawat

Rahsia Di Sebalik Kecerdasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berdasarkan pembacaan saya, dunia begitu kagum dengan kecerdasan yang diperkenalkan oleh ahli bijak pandai daripada barat. 

Namun, kita tidak sedar bahawa ilmu yang kononnya dimiliki oleh mereka sebenarnya telah lama Allah SWT tunjukkan kepada sarjana-sarjana Islam terbilang.

Sejarah Kecerdasan


Pada awal abad ke-20, kecerdasan akal atau IQ diberi penekanan oleh masyarakat dunia. Sesiapa yang boleh mendapat markah yang tertinggi dalam ujian IQ akan dikategorikan sebagai individu paling pintar. 

Tahun 90 an, Daniel Gleman memperkenalkan kecedasan emosi atau EQ. Menurut beliau EQ merupakan asas kepada kegunaan IQ yang maksimum. 

Kemudian muncul pula kecerdasan spiritual atau SQ pula diperkenalkan Ian Marshall dan Danah Zohar. SQ dianggap sebagai pelengkap kepada EQ dan IQ. 
Sekirannya, seseorang individu memiliki ketiga-ketiga kebijaksanaan ini, maka dia dikatakan berupaya mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupannya.

Rahsia Di Sebalik Kecerdasan


Sebenarnya ketiga-tiga kecerdasan telah pun ada dalam Islam sekian lama,cuma belum diketengahkan secara saintifik seperti yang dikatakan oleh pengkaji-pengkaji barat.

Saya berpendapat sedemikian kerana di dalam Islam kita di ajarkan tentang tiga jenis ilmu iaitu :


  1. Tauhid
  2. Feqah
  3. Tasawuf
Ilmu Tauhid membicarakan tentang ilmu ketuhanan dan memerlukan kita menggunakan kecerdasan intelektual

Ilmu Feqah membincangkan tentang ilmu ibadah di mana ia memerlukan kita menggunakan kecerdasan emosi untuk melaksanakan segala ibadah yang dituntut.

Ilmu Tasawuf pula menyentuh tentang hati. Ilmu ini memerlukan kecerdasan spiritual yang tinggi untuk kita hayatinya.
2 Komentar untuk "Rahsia Di Sebalik Kecerdasan"

Back To Top