Hari Ini Sudah Berselawat

Secara Ringkas Kecerdasan Itu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya berusaha mempangaruhi diri saya tentang kecerdasan supaya saya boleh memahami kecerdasan dan mengamalkan kecerdasan yang saya fahami. Keadaan sekarang memerlukan saya banyak membaca tentang kecerdasan. Jadi setiap kali saya jumpa dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan kecerdasan manusia, saya cuba memahaminya dan kali ini saya ingin berkongsi penerangan kecerdasan berdasarkan penulisan Mohd. Azhar Abd. Hamid dalam bukunya EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi,terbitan PTS.

Berdasarkan pengertian tradisional, kecerdasan mencakupi kemampuan membaca, menulis, menghitung, sebagai jalur sempit keterampilan kata dan angka yang menjadi fokus dalam pendidikan formal seperti sekolah dan sememangnya mengarahkan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pengkaji psikologi kecerdasan mendapati pelbagai jenis kecerdasan yang muncul sehingga ke hari ini. Saya pernah menyebut kecerdasan-kecerdasan selain IQ sebelum ini. Boleh lah anda menyemak dalam bahagia psikologi kecerdasan.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

0 Komentar untuk "Secara Ringkas Kecerdasan Itu.."

Back To Top