Salam Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya yang mengizinkan kita berada dipenghujung Ramadhan dan kita berdoa semoga diberi kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan tahun ini serta dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Bagi golongan arifbillah, pada ketika ini mereka teresak-esak menangis mengenangkan bulan yang sangat mereka cintai akan melabuhkan tirainya. Adakah kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang masih ada?
Sangat berbeza dengan kita manusia awam yang semakin surut dari segi ibadat pada penghujung-penghujung Ramadhan. Kalau kita tengok di kebanyakkan surau, masjid, musolla dan sebagainya yang sudah semakin kurang ahli jemaah. Apa yang sering difikirkan ialah persiapan raya. Persiapan raya juga ibadah, tetapi

bagaimana ibadah yang hanya ada dalam bulan Ramdhan ini seperti solat terawih?
Dunia semakin maju dan ramai orang yang bijak pandai terutamanya dalam bidang akademik. Seharusnya, kita pandai menguruskan masa untuk kita beribadat dan melakukan kerja-kerja lain. Marilah kita sama-sama fikirkan, kalau bulan Ramadhan yang diibaratkan sebagai institusi untuk kita melatihkan diri beribadah pun tidak dapat kita gunakan dengan sebaik-baiknya peluang ini. Bagaimana dengan bulan di luar daripada Ramadhan yang lebih banyak dugaan.
Sama-samalah kita berfikir dan memilih untuk mel

etakkan yang utama dalam utama yang perlu dilakukan. Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa kita,dan dijauhkan kita dari azab api neraka. Semoga peluang yang masih ada untuk beribadah digunakan dengan sepenuhnya.
Gambar dari: teman teras
Dalam kesempatan yang ada saya ingin memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Hari Raya Puasa merupakan hari kemengan untuk kita umat Islam. Kita dituntut meraikannya dengan penuh kesyukuran dan kebijaksanaan. Elakkan membazir dan berhati-hati ketika berziarah ke rumah keluarga dan sahabat handai.
IsyaAllah saya akan balik ke kampung (Perak). Tolong doakan saya. InsyaAllah selepas seminggu kita jumpa pula dalam bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memberi keizinan untuk kita semua meneruskan ibadah terutamanya puasa sunat 6 dalam bulan Syawwal. Tapi jangan lupa, masih ada lagi baki puasa Ramadhan yang perlu kita selesaikan.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Sesungguhnya membazir itu saudara syaitan
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Salam Aidilfitri"