Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sejak sebelum cuti penggal semester lagi saya mencari bahan untuk menyiapkan tugasan kurukulum berkaitan dengan Mastery Learning @ Pembelajaran Masteri. Saya terjumpa bahan-bahan berkaitan dari internet dan sekadar membaca, tetapi masih belum mendapat idea untuk menulis. Saya mengadap komputer dan melayari internet dari pagi tadi untuk mencari sesuatu yang boleh mencetus idea saya untuk menulis tentang pembelajaran masteri.
Alhmadulillah saya teringat apa yang saya tulis dalam berkenaan imaginasi bahawa cara yang terbaik ialah dengan duduk ditempat untuk melakukan kerja dan hilangkan segala pengaruh luar dan buat apa yang hendak dibuat. Dalam erti kata lain fokus dan fokus. Jadi malam ini saya bertekat untuk memulakan penulisan saya biarlah idea yang datang hanya sedikit. Buat permualaan saya cuba tarik pengaruh pemikiran saya tentang topik ini dengan menerangkan secara ringkas apa itu pembelajaran masteri dalam blog ini. InsyaAllah saya berdoa dan yakin Allah S.W.T. akan menganugerahkan saya ilham selepas ini.
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran alternatif yang memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecahkan kepada subunit mengikut peringkat. Pelajar akan melangkah ke subunit seterusnya setelah menguasai sesuatu subunit yang dipelajarinya.
Antara prinsip yang perlu ditekankan ialah setiap pelajar mempunyi kemampuan dan potensi yang berbeza-beza yang menghasilkan pencapaian berbeza-beza. Maka guru perlu membawa pendekatan pengajaran yang pelbagai dalam proses P&P.
Teori pembelajaran ini beranggapan bahawa semua pelajar dapat belajar sekiranya pengajaran yang sesuai disediakan. Tidak ada pelajar yang dianggap baik atau lemah tetapi pelajar dianggap sebagai pantas atau perlahan.
Orang yang memperkenalkan teori pembelajaran ini ialah Bloom dan dia membuat kesimpulan bahawa masa yang mencukupi dan kualiti pengajaran membolehkan semua pelajar dapat belajar. Guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjalankan pendekatan pembelajaran ini di mana kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada pengajaran guru dan bukan kepada kekurangan keupayaan pelajar. Persekitaran pembelajaran masteri, cabaran masa yang cukup dan menggunakan strategi pengajaran supaya semua pelajar dapat mencapai aras pembelajaran yang sama.

Tag :
Pembangunan Kurikulum
0 Komentar untuk "Pembelajaran Masteri"