Jom Kita Berselawat

Pembelajaran Masteri (Keutamaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari:Smartkit
Saya masih lagi dalam proses menyiapkan tugasan kurikulum tentang pembelajaran masteri. Jadi, untuk entri hari ini saya ingin menambah sedikit lagi tentang pembelajaran masteri.

Pembelajaran Masteri (Keutamaan)


Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, antara perkara yang perlu diketahui oleh guru ialah:
1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
3. Kemudahan alat bahan bantu mengajar yang ada
4. Masa yang diperuntukan

Guru seharusnya mengenali murid-murid untuk mengetahui kebolehan dan keupayaan setiap mur id yang berbeza-beza. 

Ini boleh guru dalam merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. 

Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka dalam masa yang diperuntukkan. 

Guru juga seharusnya menggunakan alat bahan bantu mengajar dengan sewajarnya dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya lebih menarik bagi mencapai hasil pembelajaran.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
0 Komentar untuk "Pembelajaran Masteri (Keutamaan)"

Back To Top