Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gambar dari: themistofdarkness
Topik kali ini masih lagi berkenaan dengan pembelajaran masteri. Mari kita lihat apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar dalam pembelajaran masteri. Walaupun, guru merupakan orang penting dalam menjayakan proses pembelajaran masteri, tetapi pelajar-pelajar menjadi pelengkap kepada kejayaan pendekatan pembelajaran ini.
Pelajar perlu berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dengan bekerjasama dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
Antara tugas pelajar-pelajar dalam pembelajaran masteri ialah mereka harus:
· tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
· belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
· betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
· memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
· membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
Tag :
Pembangunan Kurikulum
0 Komentar untuk "Pembelajaran Masteri (Peranan Pelajar)"