Hari Ini Sudah Berselawat

Langkah Percaya Pada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari: arstechnica

Berjumpa lagi pembaca sekalian. InsyaAllah saya baru restart my mind after come back from my village dan harapan saya ialah semangat baru dan motivasi yang sentiasa tetap daripada Allah S.W.T.

Untuk hari ini mari kita berbicara tentang kepercayaan diri sendiri yang saya kaut dari buku Keyakinan Diri karangan Ahamad Radzil Aidil.

Apakah langkah untuk meningkatkan kepercayaan diri sendiri?
  1. Saya tahu saya mempunyai kemampuan untuk capai apa yang menjadi matlamat pasti saya dalam kehidupan; jesteru itu, saya perlu tabah, tindakan terus menerus menuju pencapaian matlamat, dan saya di sini, pada saat ini akan melakukan tindakan tersebut.
  2. Saya sedar bahawa pemikiran yang mendominasikan fikiran saya akan memproduksikan diri saya sendiri dalam tindakan fizikal secara nyata dan beransur-ansur mengubah diri menjadi realiti fizikal; maka itu saya akan fokuskan pemikiran dalam masa 30 minit sehari untuk melakukan tugas memikirkan ingin menjadi apa diri saya, sehingga saya boleh menciptakan sesuatu gambaran mental yang jelas, dalam fikiran saya.
  3. Menerusi dorongan peribadi, dengan keinginan yang teguh saya akan pertahankan dalam fikiran akhirnya mencari ekspresi menerusi alat praktikal untuk mencapai matlamat; lantaran itu, saya akan memperuntukkan masa 10 minit setiap hari untuk menutut diri saya memperkembangkan kepercayaan diri.
  4. Saya menulis satu deskripsi dan matlmat yang utama yang pasti dalam hidup dengan jelas dan saya tidak akan berhenti berusaha, sampai saya berhasil kembangkan kepercayaan diri yang sangat besar untuk mencapai matlamat tersebut.
  5. Saya sedar tidak ada kekayaan atau kedudukan yang akan tahan lama kecuali dibina daripada kebenaran dan keadilan; dengan itu saya akan menolak sebarang keterlibatan yang tidak menguntungkan semua pihak.
Saya akan mengikis kebencian, iri hati, kecemburuan, rasa penting diri sendiri dan sikap sinis dengan mengembangkan kasih sayang kepada semua manusia, kerana saya tahu sikap negatif terhadap orang lain tidak mendatangkan kejayaan.

Saya akan membuat orang lain percaya kepada diri saya dan saya sendiri akan pecaya pada diri sendiri.

Harapan saya ialah Allah S.W.T. memberi kekuatan kepada saya untuk menggunakan anugarah dan nikmat yang tidak ternilai dalam diri saya dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat.

Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Langkah Percaya Pada Diri Sendiri"

Back To Top