Hari Ini Sudah Berselawat

Taksonomi Bloom

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Untuk membuat penilaian dan pengukuran, ianya perlu dirujuk kepada objektif pengajaran. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran.

pengajaran pembelajaran
Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom


Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.


Terdapat tiga kategori kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar dalam taksonomi ini iaitu kognitif(pemikiran), afektif(rohani) dan psikomotor(jasmani).


Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 (wikipedia). Peringkat Teksonomi Bloom dalam domain kognitif ialah:

  1. Pengetahuan-nyatakan, namakan, terangkan, labelkan
  2. Kefahaman-pilih, terangkan, tulis semula
  3. Aplikasi-selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
  4. Analisis-bezakan, pastikan, pilih
  5. Sintesis-bina, hasilkan, susun, kembangkan
  6. Penilaian-pilih kritik, berikan alasan, buktikan

“When Love And Skill Works Together, They Will Produce A Golden Masterpiece” (John Ruskin)
0 Komentar untuk "Taksonomi Bloom"

Back To Top