Hari Ini Sudah Berselawat

Adab Menuntut Ilmu

Gambar dari: All posters

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur pagi tadi sempat saya belek-belek tesis yang saya ada kaitan dengan pemboleh ubah baru yang perlu saya tambah ke dalam kajian sajana saya. Saya perlu lakukan sesuatu yang lebih proaktif untuk menyempurnakan PS2 saya sebab hari ini ada lagi tambahan tugasan(Sosiologi) yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberi pertolongan, Insya-Allah.

Hari ini saya ingin menyentuh tentang adab menutut ilmu berdasarkan bacaan sebuah buku berjudul Adab-Adab Menuntut Ilmu, karangan Syeikh Burhanudin Al-Jarnuzi yang diterjemahkan oleh Mohd. Sofwan Amrullah. Salah satu adab menuntut ilmu ialah seseorang pelajar perlu bersifat belas kasihan dan nasihat. Seorang penuntut perlu mempunyai sikap pengasih, suka mmberi nasihat, jauh daripada iri hati kepada orang lain. Seorang penuntut perlu berusaha untuk menghindari permusuhan dengan orang lain. Janganlah berperasaan dengki.


Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).


Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Adab Menuntut Ilmu"

Back To Top