Hari Ini Sudah Berselawat

Taksonomi Bloom : Pengetahuan

Assalamualaikum WBT


Sebelum ini saya pernah menerangkan secara ringkas tentang Taksonomi Bloom. Kali ini saya ingin menerangkan apa itu Taksonomi Bloom untuk peringkat pertama iaitu Pengetahuan.


Taksonomi Bloom : Pengetahuan
Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom : Peringkat Pertama



Seperti mana yang dibincangkan sebelum ini, Taksonomi Bloom mempunyai enam peringkat dan peringkat yang pertama adalah pengetahuan.

Pengetahuan 

 

Pada peringkat ini seseorang itu perlu dilatih dan dinilai untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain lagi daripada pembelajaran yang lepas.

Contoh-contoh

 

Seorang pengajar bolehlah menggunakan perkataan-perkataan seperti di bawah ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
  • Nyatakan...
  • Terangkan...
  • Namakan...
  • Labelkan...
  • Senaraikan...

InsyaAllah, saya akan terangkan peringkat-peringkat yang seterusnya untuk  Taksonomi Bloom ini dalam enteri akan datang.
2 Komentar untuk "Taksonomi Bloom : Pengetahuan"

Taksnonomi Bloom ni untuk apa sebenarnya?

Taksonomi ini adalah taksonomi (klasifikasi) dalam pembelajaran yang boleh menjadi rujukan untuk menentukan objektif dan penilaian pembelajaran.

Back To Top