Jom Kita Berselawat

Kini Applikasi WhatsApp Boleh Guna PC Untuk Paparan Yang Lebih Besar

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Hari ini rasa ingin rehat sebentar mempromosi Job Di Rumah dan Panduan Rezeki Melimpah Ruah.


Tetapi saya mahu kongsikan cara bagaimana menggunakan applikasi WhatsApp Web yang saya baru sahaja belajar semalam dari seorang kawan.



Walaupun, mungkin sudah ramai yang tahu tetapi tidak salahkan kalau saya mahu kongsikan kepada yang belum tahu.

Kini Applikasi WhatsApp Boleh Guna PC Untuk Paparan Yang Lebih Besar


WhatsApp web
WhatsApp web

Apa kelebihan menggunakan applikasi ini dekat PC? 


Setakat yang saya tahu:

  • Paparannya sama seperti dalam smartphone anda tetapi lebih besar. 
  • Anda boleh taip panjang lebar menggunakan keybord. 
  • Anda boleh copy gambar banyak-banyak dengan pantas
  • Dan lain-lain


Buat masa ini, WhatsApp Web hanya tersedia untuk telepon Android, iPhone 8.1+, Windows Phone 8.0 and 8.1, Nokia S60, Nokia S40 EVO, BlackBerry, dan BlackBerry10 sahaja.


WhatsApp Web bukanlah sebuah akaun WhatsApp lain. Ketika Anda menggunakan WhatsApp pada komputer dan telepon Anda, Anda mengakses akaun yang sama dengan dua perangkat.


Syarat minimum yang untuk menggunakan WhatsApp Web


  • Anda perlu ada akaun WhatsApp aktif pada telefon Anda.
  • Anda perlu ada sambungan dengan internet yang stabil pada telefon dan komputer Anda.
  • Anda harus menggunakan versi terbaru Chrome, Firefox, Opera, atau Safari sebagai browser pada komputer Anda.

Bagaimana menggunakan WhatsApp



   #1  Pergi ke web whatsapp com pada komputer Anda.
   #2  Buka WhatsApp pada telefon Anda. Lain telefon lain caranya
  •         Pada Android, Nokia S60, dan Windows Phone: Pergi Menu > WhatsApp Web.
  •         Pada iPhone: Pergi Pengaturan > WhatsApp Web.
  •         Pada BlackBerry: Pergi Chatting > Menu > WhatsApp Web.
  •         Pada BlackBerry 10: scroll ke bawah dari bahagian atas layar > WhatsApp Web.
  •         Pada Nokia S40: scroll ke atas dari bahagian bawah layar > WhatsApp Web.
  #3 Scan kod QR yang ditampilkan di layar komputer Anda dengan menggunakan telefon Anda.

WhatsApp web
Scan kod QR seperti di atas

Dari telefon Anda, pilih WhatsApp Web untuk melihat komputer aktif atau untuk keluar dari sebuah sesi aktif WhatsApp Web.


Catatan: Untuk menggurangkan penggunaan data untuk telefon anda, saya cadangkan anda menggunakan Wi-Fi ketika menggunakan WhatsApp Web.


Kalau anda menggunakan data memang cepat habislah sebab anda teruja untuk menghantar banyak post dengan laju.

Selamat mencuba. 
5 Komentar untuk "Kini Applikasi WhatsApp Boleh Guna PC Untuk Paparan Yang Lebih Besar"

a ah.. tab saya pon gne whatsapp web ni

jarang-jarang guna PC/laptop sebab guna HP lebih praktikal..

d dekat pc ni, senang sikit balas wassap.

Back To Top