Hari Ini Sudah Berselawat

Teori Kecerdasan: Projek Sarjana


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semester ini saya perlu menyiapkan Projek Sarjana 2 (PS2) yang Alhamdulillah telah diviva semester lepas. Saya momohon doa serta mengharapkan pertolongan Allah S.W.T. agar memberi petunjuk dan kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan saya menyiapkan PS2 ini. Begitu juga mata pelajaran yang lain, saya mengimpikan agar penguasaan saya dalam bidang sarjana pendidikan teknikal ini semakin bertambah dan seterusnya menamatkan pengajian sarjana ini.

PS2 saya bertajuk Kecerdasan Kejayaan (Successful Intelligent) dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Kejuruteraan. Jadi, mungkin saya akan banyak menulis dalam blog ini berkenaan dengan kecerdasaan untuk meningkatkan pemahaman saya tentang kecerdasan.

Teori Kecerdasan


Pakar-pakar psikologi mendefinisikan kecerdasan dengan bebagai-bagai maksud mengikut cara sendiri berdasarkan kajian mereka. Antara maksud kecerdasan ialah mahami, mencari sebab, dan melihat, cepat belajar dan kewaspadaan minda, kemampuan untuk menggemgam hubungan, maklumat dan berita (Kamus Inggereis Penguin,1964 dalam Cianciolo dan Sternberg, 2004 ).

Kebanyakan masyarakat sering mendengar tentang kecedasan intelektual atau dalam bahasa Inggeris Intellectual Quotient (IQ) kerana bidang pendidikan sering dikaitkan dengan IQ sejak awal kurun ke 20 dan IQ menjadi kayu ukur utama kepintaran seseorang individu (Muhamad Wahyuni Nafis, 2007).

Peredaran masa seiring dengan peningkatan teknologi turut membawa kepada perkembangan psikologi khususnya dalam bidang kecerdasan di mana ramai ahli psikologi mengkaji dan memperkenalkan pelbagai jenis kecerdasan sehingga ke hari ini. Kecerdasan intelektual semata-mata tidak mampu untuk menjadikan seseorang itu mempunyai sifat mulia seperti kematangan, ketabahan, berani, kuat, tabah serta rendah diri (Muhamad Wahyuni Nafis, 2007). Begitu juga dengan pendangan Goleman(1996) yang turut setuju mengatakan bahawa kecerdasan intelektual sahaja tidak menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat.

Ahli- ahli psikologi talh memperkenalkan pelbagai jenis kecerdasan dan di antara contoh-contoh kecerdasan yang ada ialah (Trimanjuniarso, 2008) dan (Muhamad Wahyuni Nafis, 2007):
  1. Kecerdasan Intelektual (Intellectual Quotient)
  2. Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient)
  3. Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient)
  4. Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence)
  5. Kecerdasan Kejayaan (Successful Intelligence)
  6. Kecerdasan Moral (Moral Intelligence)
  7. Kecerdasan Perilaku (Behavior Intelligence)
  8. Kecerdasan Proksimal (Proximal Intelligence)
  9. Kecerdasan Umum (General Intelligence)
  10. Kecerdasan Jasmani (Physical Intelligence)
Menurut Trimanjuniarso (2008), secara umumnya manusia dapat mengembangkan kecerdasan mencapai tahap yang penguasaan yang mencukupi. Kecerdasan-kecerdasan yang wujud memerlukan kerjasama yang komplek dan bukannya bertindak secara sendirian. Kepelbagaian kecerdasan tersebut boleh dijana dan dikembangkan dengan pelbagai cara serta perlu diseimbangkan. Perkembangan kecerdasan yang optimum dalam diri mampu menyumbang kepada kejayaan hidup.

Rujukan:

Goleman D.(1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.

Muhamad Wahyuni Nafis(2007).Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual: Selangor, PTS Millenia Sdn. Bhd.

Cianciolo, A. T., & Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: Blackwell Publishing

Trimanjuniarso (2008). Dicapai pada 3 Julai 2008 dari:
http://trimanjuniarso.wordpress.com/category/teori-kecerdasan/


Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
Tag : Psikologi
0 Komentar untuk "Teori Kecerdasan: Projek Sarjana"

Back To Top