Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Apa khabar semua? Alhamdulillah saya selamat sampai ke batu pahat hari ini untuk membuat pendaftaran matapelajaran baru bagi semester baru.
Sebagai permulaan untuk melangkah ke semester baru memerlukan semangat juang yang tinggi kerana dari segi adat semakin bertambah semester, maka semakin bertambah kesukaran pembelajaran. Jesteru itu, saya fikir kekuatan dan dorangan dalaman diri merupakan aspek penting untuk menjadikan diri saya mempunyai semangat juang yang teguh bak bara api.
Disini terdapat beberapa dorongan realisasi diri yang sangat tinggi yang diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi, Maslow (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2002). Mudah-mudahan ia menjadi manfaat kita bersama. Ciri-ciri itu ialah mereka mempunyai:
Rujukan:
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.

- persepsi yang baik berkenaan realiti
- keupayaan yang tinggi untuk menerima diri mereka sendiri, menerima diri orang lain dan menerima fitrah alam
- semangat spontan
- memfokuskan perhatian kepada penyelesaian dan masalah
- keupayaan dalam privasi dan suka bersendiri
- jiwa merdeka dan tidak mahu tunduk kepada sekatan-sekatan budaya
- sikap menghargai dan mudah memberi reaksi emosi
- kekerapan mengalami saat-saat kemuncak kepuasan
- hubungan yang sihat dengan orang sekeliling mereka
- nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi
- nilai-nilai dan sikap yang demokratik
- lebih kreatif
- nilai-nilai yang mereka susun dan amalkan sendiri.
"Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan"
Rujukan:
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Salam Kembali"