Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rujukan:
Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi Intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber Lain:
http://ilyasak.blogspot.com/2008/05/teori-kecerdasan-pelbagai.html
http://www.teachersrock.net/masteri4.htm
http://www.thomasarmstrong.com/multiple_intelligences.htm
http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks3/ict/multiple_int/index.htm
http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1145
Gambar dari naungancinta.wordpress.com
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence).
Setiap diri manusia dikatakan mempunyai kepelbagaian kecerdasan ini, cuma setiap individu normal mampu untuk mengembangkan setiap jenis kecerdasan kepada tahap penguasaan yang memuaskan (Nik Azis Nik Pa, 1999).
Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai dibangunkan oleh Dr. Howard Gardner, seorang profesor pendidikan di Universiti Havard dalam tahun 1983.Kecerdasan pelbagai ini dipecahkan kepada lapan jenis kecerdasan iaitu:
- Bahasa/Linguistik- Kebolehan menggunakan bahasa dalam bentuk tulisan dan percakapan
- Logik-Matematik-Kebolehan menggunakan tatatanda, nombor logik dan pengiraan untuk membentuk penaakulan deduktif dan induktif
- Ruang (spatial)- Kebolehan mencorak, melukis, dan mengukir
- Muzik-Kebolehan mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik
- Kinestatik- Kebolehan menggunakan seluruh tubuh atau sebahagian anggota bada untuk melaksanakan tugas yang tertentu atau membentuk corak pergerakan yang khusus
- Interpersonal- Kebolehan berinteraksi dan memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan pelakuan orang lain
- Intapersonal- Kebolehan memahami kemahuan, matlamat dan perasaan diri sendiri
- Naturalis-Kemampuan meneliti gejala-gejala alam, mengaplikasi dan mengidentifikasi
Terdapat pelajar yang berjaya mengembangkan satu jenis kecerdasan sahaja dan ada pula yang berjaya mengembangkan lima atau enam kecerdasan tersebut. Jesteru itu, untuk melahirkan pelajar yang berjaya perlulah setiap pelajar diberi peluang dan dibimbing untuk mengembangkan potensi pintar cerdas ke tahap optimum dalam pelbagai jenis kecerdasan.
Rujukan:
Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi Intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber Lain:
http://ilyasak.blogspot.com/2008/05/teori-kecerdasan-pelbagai.html
http://www.teachersrock.net/masteri4.htm
http://www.thomasarmstrong.com/multiple_intelligences.htm
http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks3/ict/multiple_int/index.htm
http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1145
Kesilapan adalah realiti kehidupan.Yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
Tag :
Psikologi
0 Komentar untuk "Kecerdasan Pelbagai"