Hari Ini Sudah Berselawat

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Peperiksaan akhir Politeknik Malaysia sudah tidak lama lagi dan bukan satu kertas peperiksaan sahaja yang akan pelajar-pelajar hadapi.


Mungkin ada yang terpaksa menghadapi tiga kertas peperiksaan, empat, lima atau lebih lagi.


Jadi.


Persiapan yang rapi untuk berdepan dengan semua kertas peperiksaan itu perlu dirancang dengan teliti supaya anda tidak stress nanti.


Hari ini, saya akan kongsikan sedikit panduan bagi anda yang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Operating System.

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System


Panduan ini saya bahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. sebelum peperiksaan
  2. semasa peperiksaan
  3. selepas peperiksaan

Sebelum peperiksaan


  1. Doa supaya Allah SWT mudahkan anda dapat faham subjek operating system, beri kekuatan tidak ponteng kelas dan dapat jawab soalan quiz, test, praktikel test serta peperiksaan akhir.
  2. Anda wajib menghadiri ke semua kelas yang pensyarah kamu adakan sepanjang semester. 
  3. Oleh kerana subjek ini lebih daripada 60% teori, anda perlu banyak membaca.
  4. Buat nota sendiri. Ada berbagai-bagai bentuk nota yang anda boleh buat. Contohnya, buat dalam bentuk poin, peta minda dan sebagainya. 
  5. Berbincang dengan rakan-rakan sekelas.
  6. Main teka-teka dengan mereka dan sebagainya.
  7. Buat banyak latihan dan ulangkaji soalan-soalan past year. Anda boleh dapatkan contoh soalan past year di sini >>> link contoh soalan past year operating system.

Semasa peperiksaan


  1. Bila sudah masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan, baca Bismillah dan doa.
  2. Bila sudah dibenarkan menjawab soalan, lihat betul-betul soalan di hadapan anda. 
  3. Pastikan soalan itu bukan untuk subjek yang lain.
  4. Sebelum menjawab lihat markah setiap soalan dahulu. Pemberat markah menentukan berapa poin yang perlu anda jawab. Umpamanya, soalan yang ada 3 markah maksudnya anda perlu fikir 3 poin untuk menjawab.
  5. Ada ketikanya anda mungkin terlupa poin utama, tetapi anda ingat contoh. Jadi, masukkan contoh-contoh dalam jawapan anda walaupun tidak ditanya kerana ia juga boleh memberikan markah kepada anda.
  6. Jawab semua seoalan yang dikehendaki dan jangan tinggalkan kertas soalan kosong.
  7. Banyak selawat kalau terlupa.

Selepas peperiksaan


  1. Selepas keluar dewan jangan terlalu bimbang atau terlalu seronok.
  2. Berserah sahaja kepada Allah SWT kerana anda sudah lakukan yang terbaik.
  3. Yakinlah bahawa Allah SWT Maha Penyanyang.
  4. Jangan dilihat kertas soalan itu lagi kerana P Ramlee pernah berpesan barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri.
  5.  Fokus kepada kertas soalan yang anda belum ambil lagi.
  6. Jangan berhenti berdoa. Teruskan berdoa agar anda diberi kejayaan dan lulus dengan cemerlang.
  7. Kalau anda sudah habis kertas peperiksaan, fikirkan apa yang perlu anda buat bagi mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti membuat projek akhir tahun atau mencari pekerjaan sementara.

Begitulah serba sedikit panduan yang sempat saya tulis.


Pada saat saya menulis panduan ini, saya tidak merujuk mana-mana buku atau artikel.


Kalau ada kekurangan, anda boleh tambah di ruang komen di bawah ini.


Panduan ini memang tidak sempurna kerana yang sempurna hanya Allah SWT.


Anda boleh dapatkan panduan tambahan lain daripada mana-mana buku rujukan, blog ataupun sebagainya.


Yang penting, fokus dan jangan putus asa.


Saya doakan anda berjaya.

2 Komentar untuk "Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System"

good tips. nasihat untuk anak anak nanti. mek tk exam dh. hihi

Back To Top