Hari Ini Sudah Berselawat

Fakta Menarik Tentang Membaca

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah, syukur masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan dapat post satu artikel hari ini.


Saya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan fakta menarik tentang membaca ini kerana terpaksa berselang seli menyiapkan kerja-kerja lain yang mesti diutama dahulu.


Alhdulillah...rezeki. Siap juga post ini.


Fakta-fakta ini disusun dalam bentuk infografik yang saya jumpa di fanpage perpustakaan Kuala Lumpur.


Oleh kerana jumlah pembaca buku buku daripada negara kita masih sedikit, saya rasakan fakta ini perlu disebar-luaskan kepada masyarakat negara kita.


Mudah-mudahan lebih ramai rakyat negara ini suka membaca.


Kalau zaman dulu, kita sering mendengar satu pepatah melayu yang berbunyi " Membaca adalah jambatan ilmu." Kalau sekarang mungkin kita boleh tukar jadi "Membaca adalah talian interenet ilmu

Fakta Menarik Tentang Membaca 


Fakta Menarik Tentang Membaca 1
Fakta Menarik Tentang Membaca 1

Fakta pertama


Bagaimana kita boleh menggambarkan suasana dan bunyi apabila kita membaca?

Ketika membaca, anda membayangkan perkataan sebagai gambaran dan mendengarnya dengan kuat biarpun berkata di dalam hati.

Apabila membaca buku, and menggunakan bahagian otak yang sama ketika mengesan wajah seseorang.

Borca Area (bahagian otak manusia yang menjana struktur bahasa); Membaca secara senyap memberi jumlah respon yang sama seperti membaca dengan kuat.




Fakta Menarik Tentang Membaca 2

Fakta kedua


Kita membaca menerusi pergerakan mata.

Mata bergerak dengan pantas. Setiap pergerakan mata, akan menunjukkan deria yang digunakan: visual, auditor dan kinestetik (perasaan).

Anda menggerakkan mata ke semua arah secara sistematik berdasarkan pemikiran semasa. Gambaran terletak di sebelah kanan otak, manakala maklumat sedia di sebelah kanan.

Justeru, untuk mengakses maklumat tersebut secara tidak sedar anda menggunakan pergerakan mata yang mengarah kepada maklumat yang dikehendaki tersimpan.

Negara manakah yang paling suka membaca?

Berikut adalah senarai purata masa seseorang membaca buku dalam seminggu berdasarkan negara. Statistik ini dirujuk daripada NOP World Culture Score Index.
  1. India 10.42 jam
  2. Thailand 9.24 jam
  3. China 8.00 jam
  4. Filifina 7.36 jam
  5. Mesir 7.30 jam
  6. Republik Czech 7.24 jam
  7. Rusia 7.06 jam
  8. Sweden dan Perancis 6.54 jam
  9. Hungary dan Arab Saudi 6.48 jam
  10. Hong Kong 6.42 jam
  11. United Kingdom 5.18 jam
  12. Jepun 4.06 jam

Fakta Menarik Tentang Membaca 3

Fakta ketiga


Fakta tentang membaca & Bagaimana ia boleh mengubah hidup anda.

Orang yang sering membaca buku, berkemungkinan 2 kali lebih akan kurang di diagnosis dengan penyakit sindrom Alzheimer.

Setiap keli anda membaca buku baru, otak anda akan mencipta ruang baru, di mana untuk janka masa panjang, akan menguatkan ingatan anda.

Dengan membaca, ia akan membuka pandangan baharu terhadap kehidupan. Orang yang kerap membaca pasti selangkah lebih kehadapan.

Membaca membantu anda mengenal pasti kepelbagaian corak dalam penulisan dan menjadikan anda lebih " critial thinker".

Big Bad Wolf adalah pest buku terbesar di Malaysia. Ia merupakan antara salah satu usaha kerajaan untuk memupuk kembali semangat membaca.

Bagaimana menjaga mata anda apabila membaca di buku atau skrin?

Pastikan anda mempunyai sumber pencahayaan yang cukup ketika membaca.

Ambil tempoh rehat mengikuti kaedah 20-20-20. Setiap 20 minit alihkan pandangan daripada buku lihat objek dalam jarak 20 kaki selama 20 saat.

Biasakan berkelip untuk melembabkan mata. Melihat sesuatu objek dengan lama boleh menyebabkan mata anda kering.

Jika anda perlu memakai kaca mata/ kanta lekap pastikan anda menggunakannya ketika membaca.

Sentiasa lakukan pemeriksaan mata.


Fakta Menarik Tentang Membaca 4

Fakta keempat

Jenis bacaan print

Paperbooks
Hardcover

Jenis bacaan digital

E-Book
Audio


Tabiat membaca dalam talian

Besarkan tulisan jika menghadapi masalah membaca tulisan kecil.

Kekerapan membaca di komputer sangat memenatkan dan tidak elok bagi anda. Jika anda membaca artikal yang terlalu panjang, seeloknya dicetakkan.

Ubah kecerahan komputer yang bersesuaian dengan penglihatan anda.

Jika anda memakai kaca mata, tanya kepada optometris sama ada ia sesuai untuk penggunaan komputer.

Lakukan senaman mata dengan melihat objek dekat (jarak 6 inci) untuk beberapa saat, kemudian fokus pada objek jauh.


Begitulah sedikit fakta menarik tentang membaca yang mungkin ramai belum tahu. Diharapkan lebih ramai orang yang suka membaca.

Sekurang-kurangnya, negara kita tersenarai dalam 10 negara yang suka membaca. Barulah seronok dilabelkan sebagai negara maju.
2 Komentar untuk "Fakta Menarik Tentang Membaca "

semenjak dua menjak ini...saya semakin kurang membaca buku..

tetapi baca informasi di internet memnang saban hati

Back To Top