Hari Ini Sudah Berselawat

Jangan Percaya pada Kata-kata Orang, Percayalah kepada diri sendiri, XPDC

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Allahumma Solli'ala Muhammad


Hari ini lagu-lagu kumpulan XPDC bermain ditelinga.



Kumpulan legend.


Kebanyakan lirik mereka ditulis oleh composer J.S. Kevin.
Kebanyakan, lirik-lirik yang beliau tulis berkisar tentang diri kita sendiri.


Diri sendiri rasa.


Diri sendiri percaya,


Diri sendiri yakin.


Diri sendiri berkata.


Walauapa pun kata-kata diluar diri kita, kita perlu balikkan semula kepada diri kita sendiri.


Prof. Muhaya sering menyebut kata-kata keramat ni dalam setiap sesi ceramah beliau; "dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"


"dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"

"dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"

"dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya" 
Setiap hari ulang... ulang... ulang... dan teruskan ulang kata-kata hikmah ni.  Ia bertepatan dengan peraturan agama Islam, setiap yang dilakukan bermula dengan niat.


Kalau bukan dari niat, kita melakukan dari faktor luaran yagn sememangnya binasa.


Apa yang kita lakukan tetapkan lah pada diri sendiri.



Saat sampainya waktu kita meninggalkan jasad, tiada siapa pun dapat kita bergantung harap melainkan kalimah "LAILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADURROSULULLAH"


Namun, bukan sekadar sebut ikut-ikuttan.



Tetapi dengan penuh kefahaman, perasaan.



Merasai dalam... sedalam dalamnya matera pusaka.


"Orang lama bukan letak pada umur... sememangnya umur tiada.  Ia sekadar lukisan yang mewarnai kehidupan.  Diri kita tetap diri, tidak pernah berubah"



Kumpulan XPDC pernah merakam teguran melalui lirik yang dikarang oleh J.S. Kevin. - Entahapaapaentah.



Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan
Ramai yang pakai turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang
Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom
Itu ku punya pasal
Sikit aku tak sesal
Ada baiknya aku
Jaga kain sendiri
Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik
(2x)
Orang naik ke bulan
Pakai kereta lembu
Pergi bukit belacan
Mandi air susu
Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik


Banyak lagi lirik lagu karya J.S. Kevin yang sarat dengan pengajaran dan peringatan untuk umat akhir zaman.


Walaupun ia sekadar lirik-lirik lagu, namun jika bijak merenung kata-katanya kepada diri sendiri ia merupakan mutiara indah yang mewangikan jiwa.


Masa lepas adalah yang berlalu.

Masa hadapan adalah rahsia.

Masa sekarang yang nyata.

Nyatanya masa sekarang juga tiada sebentar nanti.


Sangat suntuk untuk kita menjadi orang lain.


Jadilah diri sendiri. - "Kun-anta"


Sering kali kita melihat kekayaan harta benda adalah nyata pada orang lain sehingga kita terlepas pandang apa yang ada pada diri sendiri.  Sedangkan diri sendiri pun kita tak punya apa-apa.


Rugi masa memandang wajah makhluk lainnya.



Berilah atau wakafkanlah apa yang ada disekeliling.


Yang memberi itulah kaya hakiki.


Jangan terlalu banyak mengambil, tanggungjawabnya sangat berat.  Begitu juga dengan kata-kata.


Terlalu banyak ambil, terlalu banyak untuk diamalkan.


"Ali XPDC - terus berdakwah walau dalam muzik."



Teruskan perjuangan selagi hidup ini hidup dan jadilah diri sendiri.


Tiba-tiba teringat lirik XPDC yang ni pulak.



Lirik Lagu Semangat Perjuangan Harmoni – XPDC

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang


Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan


Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada


Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada


Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta


Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada


Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta



* Akhir kalam, Rezeki kalau dicari memang susah nak jumpa.  Tapi kalau jumpa tuan empunya rezeki, rezeki pun tak pandang dah.


* Kehidupan dunia memang indah, namun kalau dah jumpa dan lihat kehidupan akhirat... dah tak pandang dah kecantikan dunia yang sekadar sekadar sahaja.


"Jika memandang kecantikan pada luaran ia akan binasa.  Jangat mudah sangat terpedaya"



* Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

*Jom bunuh syaitan dalam diri.

Tag : rohani
7 Komentar untuk "Jangan Percaya pada Kata-kata Orang, Percayalah kepada diri sendiri, XPDC"

Assalammualaikum... faisal,

mendalam setiap lirik XPDC ini... nampak rock tapi ada mesej yang ingin disampaikan melalui bait lirik2..nya.

mselim3

pls; mselim3 pernah tgk di tv persembahan ali xpdc dalam pencetus ummah... dia nyanyi lagu "semangat yang hilang" diubah sikit mirip keagamaan ...terbaik.

Waalaikumussalam...

saya memang minat dengan lagu-lagu dari kumpulan XPDC..menyentuh hati

mek tkde la minat dengan xpdc tp lirik dia tu membina :)

sungguh tersentuh dengan ayat yang penuh bermakna itu.

Bila diteliti setiap lirik bagi setiap lagu yang dihasilkan oleh Allahyarham js kevin dan loloq sebnarnya mereka ini berdakwah melalui jalan seni dan setiap lagu beliau membuatkan kita menginsafi diri selaku hamba Allah SWT yang sangat lemah.Semua ini dapt dihayati bagi orang yang mampu berfikir dengan akal sempurna apabila kita memahami dengan teliti makna liriknya..al-fatihah untuk mereka berdua.

Back To Top