Hari Ini Sudah Berselawat

4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak Anda

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 Allahumma Solli'ala Muhammad


Bertemu lagi dengan perkongsian tentang mendidik anak.


Sejak dikurniakan 3 orang anak, saya dan isteri tidak putus-putus berdoa dan mencari panduan bagaimana cara untuk mendidik anak.

4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak Anda didik nak anda jadi soleh
Comel sungguh anak ini


Dalam pada mencari dan mengamalkan panduan mendidik anak berkesan saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anda ibu dan bapa yang ingin anak mereka jadi soleh dan solehah.


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda 4 cara membina hubungan mesra dengan anak-anak anda.


4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak Anda


#1 Sentiasa peluk da cium anak anda


Amalan ini saya rasa semua ibu dan bapa sudah biasa kecuali ibu bapa yang tidak normal sahaja yang tidak buat.


Memang dari kecil lagi kita suka pelum dan cium anak kita.


Perbuatan ini mampu membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anak dan ibu bapa.


Anak akan terasa dilindungi ketika ibu bapa memeluk mereka.


Malahan, anak anda akan berasa yakin dan percaya yang dia ada perlindungan.


Ciuman pula boleh membentuk perasaan kasih dan mengeratkan hubungan sayang antara anda dan anak anda.

                         --->>  111 Formula Rezeki Melimpah Ruah <----


#2 Simpan Rahsia Anak



Memang seringkali anak anda inginkan perhatian anda.


Ia dapat dikesan apabila dia suka bercerita hal peribadinya seperti teman rapatnya atau masalah rakan sekelasnya.


Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda sebenarnya anak anda mahukan anda merahsiakan hal itu daripada adik beradiknya yang lain.


Maka, baik sekali anda rahsiakannya.

4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak Anda didik nak anda jadi soleh
Sungguh cute anak ini

#3 Jangan Mengutuk Kelemahan Anak Anda



Perkara ini amat dilarang dalam Islam.


Jangan cuba membandingknan antara anak anda dengan anak anda yang lain.


Jangan cuba membandingknan antara anak anda dengan anak orang lain.


Anak anda sentiasa menganggap anda adalah pelindung besar dalam hidupnya.


Bila anda sudah tidak menyokongya, boleh jadi mereka hilang hormat kepada anda.


#4 Beri Perhatian Ketika Bercakap Dengan Anak Anda



Ketika berbual dengan anak anda, padanglah wajahnya. Pastikan anda melihat mata anak anda saat berbicara.


Memang anak anda suka mengadu, jadi layan sahaja aduannya dengan penuh kasih sayang.


Percayalah bahawa setiap kali anda mendengar anak anda mengadu, mereka akan semakin rapat dengan anda.


Semoga 4 tip ini dapat membantu mengeratkan hubungan mesra dengan anak anda.


Tip-tip ini adalah sebahagian daripada perkongsian panduan AnakPintarCerdas.com. Bila anda mahukan panduan yang lebih lengkap anda boleh rujuk  AnakPintarCerdas.com.


Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dilimpahkan kita semua dengan kasih sayangnya.

Tag : Didik Anak
8 Komentar untuk "4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak Anda"

Back To Top