Hari Ini Sudah Berselawat

Cukupkah Masa Tidur Anak Anda?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 Allahumma Solli'ala Muhammad


Anda perasan tak?


Sekarang ini manusia semakin kurang tidur.


Oleh kerana kesibukan yang melampau menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur.


Sedangkan tidur adalah antara perkara yang penting dalam kehidupan kita.


Sebabnya, tidur yang cukup boleh memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.


Kalau orang dewasa pun kena pastikan cukup tidurnya. Apatah lagi anak-anak.


Lebih-lebih lagilah perlu dipastikan cukup tidur mereka.

Panduan Didik Anak Dot Com.
tidur anak anda perlu cukup

Cukupkah Masa Tidur Anak Anda?


Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya mereka akan membesar dalam keadaan yang segar.


Tidur yang cukup juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.


Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka.


Berapakah jumlah masa yang cukup untuk tidur?



Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur  10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Panduan masa ini bukan saya reka sendiri ya. Saya ambil daripada penulis AnakPintarCerdas.com.


Secara umumnya, masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.


Selebihnya anda boleh bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.


Bagaimana mahu tidurkan anak kalau mereka susah mahu tidur?



Saya juga pernah mengalami masalah anak susah mahu tidur.


Dan, saya yakin ramai juga ibu bapa yang mengalami situasi sebegini.


Bertenang dahulu.


Sebenarnya, anda boleh ajarkan anak anda untuk tidur pada waktu yang betul.


Waktu untuk tidur bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.


Temankan anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur.


Terutama sekali bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur.


Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.


Perlu juga diingat masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa yang lebih baik.


Itu sahaja panduan yang saya sempat kongsikan dengan anda. InsyaAllah kita jumpa lagi.


Anda boleh dapatkan ilmu yang lengkap tentang mendidik anda melalui AnakPintarCerdas.com.

Cuba anda lihat sendiri isi kandungan AnakPintarCerdas.com.

ISI KANDUNGAN 
Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak
  • Prihatin Terhadap Perkembangan 6 Tahun Pertama Anak-Anak
  • Dendam Rohani
  • Cara Mendidik Anak Yang Baik
  • Memahami Perkembangan Fizikal Anak Anda
  • Perkembangan Dari Bayi Hinggalah Kepada Kanak-kanak
  • Ibu Bapa Perlu Memantau Perkembangan Anak
  • Panduan Serlahkan Potensi Si Kecil
Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak
  • Pemakanan
  • Ilmu & Pendidikan
  • Kesihatan
  • Keyakinan Diri Anak-anak
  • Kepercayaan Tunggak Utama
  • Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
  • Ibu Bapa Perlu Mendidik Anak Agar Berdisiplin, Berakhlak Mulia & Berbudi Bahasa
  • Mari Berkawan
  • Ibu Bapa Perlu Melatih Anak-Anak Sembahyang Dan Berpuasa
Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak
  • Kaedah Menangani Kenakalan Anak-anak
  • Panduan Mengawal Anak Yang Suka Marah-marah
  • Panduan Atasi Anak Aktif Yang Tidak Boleh Duduk Diam
  • Panduan Mengatasi Dua Beradik Yang Suka Bertengkar
  • Panduan Mengatasi Masalah Tidur Si Kecil
Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak
  • Didikan Seawal Kandungan Ibu
  • Mengelak Gangguan Berlaku Bahasa Si Kecil
  • Merangsang Kemahiran Bahasa Si Kecil
  • Ibu Bapa Perlu Bijak Menarik Minat Anak Membaca
  • Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengekalkan Tumpuan Si Kecil Semasa Belajar.
  • Mengapa Pendidikan Seni Penting Untuk Anak-Anak
  • ICT Dalam Dunia Realiti Kanak-Kanak
  • Panduan Keselamatan Internet Bagi Kanak-kanak
Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak
  • Tubuh Yang Sihat & Kuat Untuk Anak Aktif
  • Petua Membentuk Anak Gembira Dan Sihat
  • Cara Menyelesaikan Masalah Anak-Anak Yang Cerewet Makan
  • Prihatin Kepada Makanan Yang Tidak Selamat
  • Panduan Membeli & Keselamatan Barang Mainan Si Kecil
  • Ubat!! Mama.. Adik Tak Nak!

InsyaAllah anda berpuas hati dengan teknik yang diajarkan. Klik --->>> AnakPintarCerdas.com
Tag : Didik Anak
6 Komentar untuk "Cukupkah Masa Tidur Anak Anda?"

Alhamdulillahh ank mek ckup tido and trsusun la tidonya :)

tidur mmg penting untuk tumbesaran bayi..
nice share..

Memang kadang2 risau anak cukup tidur ke tidak, lagi satu kalau demam tak nak makan ubat yng ada rasa pelik sikit...ebook ni memang berguna utk bakal ibubapa atau yg perlukan infomasi mendidik anak

Back To Top