Hari Ini Sudah Berselawat

11 Alasan Anda Kenapa Gagal Temuduga

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Allahumma Solli'ala Muhammad


Hidup di negara kita Malaysia semakin mencabar!


Semalam saya pusing semua kedai runcit yang berdekatan dengan rumah saya untuk mencari minyak masak tetapi semuanya habis.


Saya tanya taukeh kedai tentang minyak masak. Semua menjawab pembekal tidak hantar.


Bahkan ada taukeh yang kelihatan jujur mengatakan pembekal simpan kerana harga minyak akan naik.


Pada telahan saya, kalau harga minyak masak naik, kemungkinan besar barang-barang lain akan naik harga juga. Wallahu'alam...


Oleh itu, kepada anda yang belum bekerja atau sedang mencari-cari peluang pekerjaan, bersiap-sedialah dengan sebaik mungkin untuk menghadapi temuduga.


Mudah-mudahan persediaan yang baik menjadi asbab untuk anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan.


Berapa ramai orang calon yang gagal mendapat pekerjaan di sebabkan tersalah langkah ketika menghadapi sesi temuduga?


Anda boleh rujuk artikel yang saya kongsikan dengan anda berjudul 7 Sebab Anda Gagal Temuduga, sebelum ini.


Hari ini saya sambung lagi 11 Jenis Alasan Kenapa Anda Gagal Temuduga.


11 Alasan Anda Kenapa Gagal Temuduga


1. BERTANYA “GAJI SAYA BERAPA?”

8 Alasan Anda Kenapa Gagal Temuduga
Jangan bertanya sebarangan


Ketika sesi temuduga, tidak salah kalau ingin bertanya.


Namun, bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar.


Ya.


Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor. Bagi sektor kerajaan, memang sudah ada tangga gaji yang perlu diikuti.


Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan.


Jika ini adalah panggilan pertama anda untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.


Satu, anda tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi anda dalam menjalankan dengan baik.


Oleh itu, anda digalakkan bertanya mereka apabila mereka sendiri menyentuh soal gaji terlebih dahulu.


Lainlah kalau anda berpengalaman.


Bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.


2. TIDAK MENJAGA BAHASA BADAN

8 Alasan Anda Kenapa Gagal Temuduga
Bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi.


Jangan terlalu menyandar hinggakan anda nampak seperti mahu menonton televisyen.


Sebaliknya, tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga.


Walaupun mereka tidak memberitahu anda maklumat itu penting atau tidak penting, tetapi ia adalah maklumat penting untuk anda.


Jika anda bosan, elakkan daripada menampakkan diri anda bosan kerana itu mencerminkan sikap anda.


Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan anda.


3. MERAYU DAN BERLAKON DRAMA SEDIH


Tidak perlu merayu dalam sesi temuduga.


Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan kurang mendatngkan berhasil.


Ia menggambarkan seolah-olah anda amat terdesak dengan pekerjaan itu.


Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal.


Oleh itu, yakin dengan rezeki anda.


Jika disitu bukan rezeki anda, bukan bermakna anda gagal untuk semuanya.


Masih ada tempat lain yang lebih baik untuk anda.

4.TIDAK MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI


Lazimnya, anda akan ditanya dengan pelbagai jenis soalan.


Mungkin ada panel yang bertanya atau meminta anda membuat keputusan dalam masa yang singkat.


Anda perlu yakin dengan jawapan anda. Menangguh jawapan supaya anda boleh bertanya kepada pihak lain menandakan anda masih belum mampu membuat keputusan sendiri.


Namun, ada juga masanya anda perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya.


Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan.


Di sini ia menandakan anda bijak mengurus sumber maklumat. Malah bijak dalam mebuat keputusan anda.


5. TIADA LESEN KENDERAAN


Terdapat pekerjaan yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan.


Jika anda tiada lesen kenderaan, kemungkinan besar anda boleh gagal dalam sesi temuduga.


Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon.


Tetapi untuk lebih selamat, kalau boleh usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.


Ada juga  sesetengah syarikat yanag menyediakan kenderaan untuk urusan rasmi.


6. BANYAK ‘KEMUNGKINAN’


Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal anda tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang anda mohon.


Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini....”


Ayat kemungkinan adalah ayat yang menunjukkan tahap keyakinan diri anda.


Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda layak diterima untuk menjawat jawatan tersebut.


Jawablah dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan.


Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti dan tahap keyakinan diri anda dalam menguruskan situasi yang berlaku.


7. DIAM BERBAHASA INGGERIS


Ini yang menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakkan calon temuduga.


Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, memang ia satu kelebihan yang tinggi.


Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.


Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.


Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan.


Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda. Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri.


Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab.


Jangan mendiamkan diri kerana ia menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda.


8. TIDAK MENGKAJI SYARIKAT / JAWATAN


Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan.


Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami...”


Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus anda peka adalah berkenaan jawatan.

                                                      --->>>Rahsia Bijak Temuduga<<<---

Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.


Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga anda menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.

9. MENGGUNAKAN BAHASA PASAR


Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain.


Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.


Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan anda diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga.


Ingat, mereka yang menemuduga anda adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada anda.


Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.


10. TERLALU DEMAND


Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan anda gagal lebih awal.


 ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk anda.


Tidak salah untuk ‘demand’ jika anda sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga anda untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.


‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?


11. BERPOLITIK


Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar.


Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa.


Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.


Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga.


Panel temuduga menyoal anda dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan anda dalam politik negara.


Bersederhanalah. Usah kerana politik anda tidak diterima kerja.

# TIP BONUS - HARGAI PANEL TEMUDUGA


Manusia suka dihargai. Anda juga begitu.


Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga anda.


Bukannya terus beralih dan terus beredar. Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk anda menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah.


Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan anda. Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.


PENUTUP


Inilah beberapa sebab yang dikaji oleh tim infokerjaya kenapa ramai orang gagal dalam temuduga.


Buatlah persediaan rapi dan cuba elakkan beberapa perkara yang saya kongsikan dalam artikel ini dan 7 Sebab Anda Gagal Temuduga.


Bila anda mahukan panduan menghadapi temuduga yang lebih lengkap, anda rujuklan Rahsia Bijak Temuduga.


Moga-moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua terutama kepada anda yang bakal menghadapi temuduga tidak lama lagi.


Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT kerana DIA adalah pemilik rezeki. DIA yang maha mengetahui kita layak atau tidak untuk mendapat sesuatu kerja.


Peluang membuat kerja memang banyak sekarang ni, kalau anda suka kerja di rumah baik anda cuba buat  Job Di Rumah.
7 Komentar untuk "11 Alasan Anda Kenapa Gagal Temuduga"

Back To Top