Hari Ini Sudah Berselawat

Saman Atau Penjara Jika Tidak Solat Jumaat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Anda sudah tahu berita terbaru yang menjadi viral sejak semalam?

Kalau belum mari baca artikel ini. Berita yang menjadi viral itu adalah adalah tetang hukuman bagi umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Undang-undang ini berkuat-kuasa 1 Jun di negeri Kedah sahaja.

Apa pendapat anda.

solat jumaat, saman dan penjara
Solat Jumaat


Peluang bekerja di rumah dengan gaji yang lumayan ada di --->>>  Job Di Rumah 

Berita penuh berkenaan isu ini boleh dilihat di bawah.

Saman Atau Penjara Jika Tidak Solat Jumaat


ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.   

Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama

Sebagai umat Islam, saya amat bersetuju sangat dengan tindakan yang diambil di negeri Kedah ini dan saya berharap agar undang-undang ini dapat dikuatkuasakan ke seluruh negeri di Malaysia.

Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Saman Atau Penjara Jika Tidak Solat Jumaat"

Takut nanti, semua jemaah yang solat jumaat kerana takutkan hukuman dunia dan bukannya takutkan hukuman Allah.

patut tak agak-agak dilakukan atau dikuatkuasakan di seluruh negeri di Malaysia?

TiDak apa begitu. Ia boleh jadi Latihan. Lama-lama Umat Islam akan ikhlas sebab khutbah akan terangkan juga tentang keikhlasan dan Taqwa

Back To Top