Hari Ini Sudah Berselawat

8000 Pekerja MAS Akan Dipecat, Lapor Akhbar

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sungguh tidak dapat dibayangkan perasaan pekerja Malaysia Airlines, (MAS) yang akan diberhentikan kerja menurut laporan akhbar.

Mana tidaknya, kebanyakkan mereka yang bekerja dengan MAS sudah lama, mereka mempunyai tanggungan atau hutang yang perlu di selesaikan.

Ya, ini bukan cerita bohong, memang ada jiran rakan sekerja saya yang bekerja dengan syarikat MAS sudah diberhentikan kerja beberapa bulan yang lalu.

Beliau kini terpaksa bekerja di stesen minyak demi mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarga.

MAS, MH17, MH370
MAS malaysia airlines


8000 Pekerja MAS Akan Dipecat, Lapor Akhbar

 

Kepada 8000 pekerja MAS yang bakal dipecat juga terpaksa memikirkan apakah pekerjaan yang mereka perlu cari untuk meneruskan kehidupan.

Jadi, kepada pekerja Malaysia Airlines, saya cadangkan anda lakukan Job Di Rumah. InsyaAllah ada pendapatan buat anda sekeluarga.

Laporan penuh boleh dirujuk dalam keratan akbar yang saya petik dari The Malaysian Insider di bawah ini:


Satu pertiga atau kira-kira 8,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) akan diberhentikan bagi memulakan semula syarikat penerbangan itu dalam skala lebih kecil dengan memberi tumpuan kepada pasaran serantau dan bukannya antarabangsa, lapor akhbar.

Pentadbir syarikat itu yang baru dilantik Datuk Mohammad Faiz Azmi iaitu pengarah eksekutif firma perundingan dan audit PricewaterhouseCoopers akan menandatangani semua surat penamatan kerja yang akan diserahkan pada Rabu ini.

"Dalam masa beberapa hari saja lagi, mereka akan menerima surat sama ada penamatan kerja atau surat tawaran semula untuk berada di syarikat berkenaan di bawah pengurusan baharu.


"Kira-kira dua pertiga daripada 20,000 kakitangan akan ditawarkan pekerjaan dengan perjanjian baharu," lapor portal MStar hari ini.
Portal itu berkata pemberhentian beramai-ramai bertujuan mengurangkan penghijrahan kakitangan MAS sedia ada ke dalam sebuah syarikat baharu iaitu MAS Bhd yang akan memulakan operasi pada 1 September depan.

Katanya, kakitangan mungkin akan menerima dua surat - pertama bertujuan menamatkan perkhidmatan mereka dengan MAS dan sama ada tawaran lain untuk menyertai MAS Bhd atau melaporkan diri ke Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang ditubuhkan untuk melatih semula pekerja dipecat.

"Sesetengah daripada mereka juga akan ditawarkan kontrak jangka pendek di MAS Bhd," kata sumber kepada portal itu.

Portal itu berkata mereka yang dipecat akan dibayar pampasan tetapi jumlah yang diterima mungkin tidak sebanyak seperti di bawah perjanjian kolektif (CA).

Katanya, mereka yang ditawarkan bekerja semula dengan MAS Bhd juga akan mendapatkan wang dalam bentuk bonus tetapi formulanya tidak diketahui.

"MAS akan mengetahui berapa ramai yang menerima tawaran menyertai MAS Bhd pada 12 Jun.

"Mereka harus mempunyai pelan luar jangka jika angka yang menerima tawaran tidak sepadan apa yang mereka harapkan.

"Juruterbang dan anak kapal menerima permintaan daripada beberapa syarikat penerbangan termasuk Korea Airlines dan Qatar Airways berikutan mereka sudah menjalankan pameran bergerak untuk menarik anak-anak kapal MAS," kata sumber itu kepada MStar.

Salah seorang kakitangan MAS yang tidak mahu dinamakan berkata kepada portal itu tidak menyangka syarikat berkenaan akan memberhentikan pekerjanya seramai itu.

"Saya ingat GLC adalah tempat yang paling selamat untuk bekerja, tetapi sekarang saya tidak tahu jika saya akan mempunyai pekerjaan pada 1 Jun.

"Ia adalah masa yang sangat menyedihkan dalam hidup saya. Saya tidak pernah terfikir hari ini akan datang sejak saya mula-mula menyertai syarikat penerbangan ini lebih 2 dekad lalu.

"Saya tidak boleh berfikir tentang bagaimana saya akan membayar pinjaman perumahan dan kereta saya," katanya. – 25 Mei, 2015.
 Moga-moga mereka yang diberhentikan kerja cepat dapat pekerjaan baru dan meneruskan kehidupan dengan baik.

Kepada anda yang tidak bekerja dengan syarikat MAS pun boleh memohon Job Di Rumah.

Jadi, jangan tunggu lagi, dapatkan panduan dan terus memohon untuk Job Di Rumah.

Dapatkan buku Inggeris yang mudah difahami untuk orang Melayu --->>> Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
2 Komentar untuk "8000 Pekerja MAS Akan Dipecat, Lapor Akhbar"

Back To Top