Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Asalnya saya sendiri tidak faham apakah maksudnya. Setelah kami bertanya, barulah cikgu saya terangkan apakah maksud "wa ca but lari"
Maksud "wa ca but lari" adalah vocabulary.
Jadi, salah satu perkara penting yang perlu kita ada kalau mahu belajar bahasa Inggeris adalah vocabulary.
Sukanya English |
Dowload panduan Mudah belajar English sendiri --->>> Buku Kuasai Bahasa Inggeris
Vocabulary English Umpama Duit
Saya bukan seorang yang fasih berbahasa Inggeris, tetapi saya terpaksa fahamkan juga bahasa ini kerana semasa saya belajar dahulu majoriti buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.
Belajar English |
Kenapa saya kata Vocabulary English Umpama Duit?
Analoginya begini.
Kalau kita ada duit yang banyak tentu kita boleh berbelanja dengan banyak. Macam-macam barang kita boleh beli.
Begitu juga dengan Vocabulary English, semakin banyak vokabulary English yang kita boleh ingat dan kuasai, semakin banyak ayat English yang boleh kita ucapkan atau tulis.
Ya, salah satu cara berkesan untuk belajar vocabulary, anda perlu praktis, praktis dan praktis setiap hari.
3 Cara Untuk Mahir Vocabulary English
- Hafal vocabulary English
- Buat Ayat dengan vocabulary English
- Praktis bercakap menggunakan vocabulary English yang telah dipelajari
Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk praktis memahirkan vocabulary English ini.
Cukup anda mengambil masa 10 ke 15 minit sehari. Lagi lama masa yang anda ambil lagi bagus.
Tetapi, 3 cara ini anda perlu lakukan setiap hari.
Mulakan dengan satu perkataan baharu setiap hari. Apabila sudah mahir nanti boleh di tambah dengan 2 atau 3 perkataan setiap hari.
Menguasai vocabulary English merupakan suatu permulaan dalam mempelajari Bahasa Inggeris sahaja.
Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan dengan anda Cara Mudah Mengusai Vocabulary English Yang Menyeronokkan.
Sebagai penutup, masih ada perkara lain yang perlu kita lakukan untuk memahirkan diri kita dalam Bahasa Inggeris ini.
Jadi, saya sarankan anda dapatkan Buku Kuasai Bahasa Inggeris
Buku ini memang terbaik dan amat membantu.
Jangan tunggu hebat baru mahu bercakap English tetapi mulakan bercakap Engslish supaya anda jadi hebat.
Selamat berjaya.
Tag :
Bahasa Inggeris,
Panduan
2 Komentar untuk "Vocabulary English Umpama Duit"
nice sharing
Nice sharing