Jom Kita Berselawat

Video Jenazah Pembantu Juruterbang Mh 17 Dikenal Pasti

Pembantu Juruterbang



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Saya teruskan lagi perkongsian tentang tragedi nahas kapal terbang terhempas MH 17. Maklumat terbaru yang diperolehi daripada bernama adalah Jenazah Pembantu Juruterbang Mh 17 Dikenal Pasti. Mangsa merupakan antara 16 mayat warga Malaysia yang dijumpai ditempat kejadian.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Jenazah pembantu juruterbang pesawah MH17 ini bernama Muhammad Firdaus Abdul Rahim akan dibawa pulang ke tanahair minggu depan.

Pihak MAS telah memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsayang menetap di Shah Alam. Menurut waris atau keluarga manga:

"Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Walaupun keluarga masih bersedih dan tidak tahu keadaan jenazah mangs, tetapi mereka lega kerana sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan jenazah selain menunaikan hasratnya untuk disemadikan di sebelah kubur almarhum ayahnya di Teluk Intan Perak.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal warga. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara yang sedang bergolak itu.
-- BERNAMA



Tag : isu semasa, Video
0 Komentar untuk "Video Jenazah Pembantu Juruterbang Mh 17 Dikenal Pasti"

Back To Top