Hari Ini Sudah Berselawat

Isu Gaza | Allah Maha Besar 2000 Orang Syahid 4500 Lahir

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Lihatlah kebesaran Allah SWT. Kita merancang tetapi Allah SWT maha perancang. Dapatan daripada sumber yang dipercayai menunjukkan bahawa jumlah kelahiran rakyat Islam Gaza meningkat walaupun bilangan rakyat Islam Gaza yang syahid juga ramai.

Isu Gaza | Allah Maha Besar 2000 Orang Syahid 4500 Lahir 





Lebih 4,500 kelahiran baru direkodkan sepanjang tempoh 30 hari serangan tentera rejim Zionis ke atas Gaza, kata sumber Kementerian Kesihatan Palestin.


Jurucakap kementerian, Eiad al-Bozum, bagaimanapun berkata pihaknya secara rasmi belum membuat kaji selidik lanjut berhubung akngka itu namun menambah pihaknya yakin julah sebenar mencecah 5,000.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Al-Bozum berkata, ini kerana masih ramai bayi yang baru lahir tersebut belum sempat didaftarkan kerana kekalutan sepanjang serangan.




Populasi Gaza mencecah 1.9 juta menjelang suku pertama tahun ini, termasuk  947,000 lelaki dan 922,000 wanita.


Dijangkakan jumlah itu akan mencapai 2.3 juta menjelang tahun 2020, sekaligus menjadikan Gaza kawasan kepadatan penduduk paling tinggi di dunia.


Israel memulakan serangan sejak 7 Julai lalu terhadap Gaza.


Sepanjang 30 hari serangan, seramai 1904 rakyat Palestin gugur Syahid, termasuk 433 kanak-kanak.

Kesimpulan



Isu Gaza adalah isu umat Islam seluruh dunia. Dari segi zahir kita dapat lihat bahawa ramai umat Islam di Gaza yang bedepan dengan ujian getir iaitu kematian, kecederaan, kesusahan dan sebagainya, namun dari segi batinnya ia memberi gambaran kepada kita umat Islam di sana cukup kuat iman mereka dan mereka tidak gentar mengahadapi ujian peperangan.

Ramai ibu-ibu di sana yang berjaya melahirkan para syuhada dan pejuang. Sedang umat Islam di negara lain bagaimana?


Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Isu Gaza | Allah Maha Besar 2000 Orang Syahid 4500 Lahir "

Patutlah zionis mengebom hospital jg kan. Semoga umat Islam diberikan kemenangan secepat mungkin dlm mghapuskan yahudi laknat Amiin

Back To Top