Hari Ini Sudah Berselawat

Kepentingan Pilih Sahabat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Sebagai manusia, kita tidak boleh hidup keseorangan tanpa teman atau sahabat. Kalaupun kita tidak keluar dari rumah, orang yang berada dalam rumah akan menjadi sahabat kita.

Di luar sana terdapat pelbagai jenis manusia yang memiliki pelbagai jenis perangai, gaya hidup dan prinsip berbeza-beza.

Oleh yang demikian, kita perlu pandai memilih sahabat agar kehidupan kita lebih bahagia, ceria dan berjaya.

Kepentingan Pilih Sahabat

Kepentingan Pilih Sahabat

Dalam Islam sendiri mengajar kita tentang Kepentingan Pilih Sahabat. Mari kita hayati  maksud sepotong hadith yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah setiap daripada kamu terlebih dahulu memerhatikan siapa yang dipilih sebagai sahabatmu." (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Baihaqi)

Jelaskan, apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW berkenaan Kepentingan Pilih Sahabat.

Sehingga dalam situasi zaman sekarang ini mengapa sering kali kita membaca, mendengar dan mengetahui bahawa pentingnya memilih sahabat? Baca senario ini.

Ahmad beli durian dan bawa ke rumah sewanya menaiki kereta selama 3 jam. Apabila sampai di rumah, beliau meletakkan durian itu dalam peti sejuk.

Apakah kesannya apabila sampai di rumah?


- Kereta beliau berbau durian. 
- Selepas beberapa jam, peti sejuk rumah sewa beliau akan berbau durian.

Begitulah pentingnya untuk kita memilih sahabat. Bayangkan, 41 hari kita bersama dengan orang-orang yang telah berjaya menjadi jutawan.

Apabila kita berjumpa dengan jutawan dan bincang tentang perkara yang buatkan mereka jadi jutawan. Kemudian kita apply dalam kehidupan kita, maka kita terpaksa jadi jutawan.

Itulah analogi mudah yang memberi gambaran tentang pentingnya memilih sahabat dan Ia adalah antara perkara yang dihuraikan dengan lebih lanjut dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki,

Klik sini --> Sistem Menjemput Rezeki

Di sini cikpuan Insyirah ingin berkongsi Tip Sinergi FB Dengan Jemaah Berpengaruh. Tips ini berguna kepada sesiapa yang ingin berniaga di FB.

1. Praktikkan penulisan Bahasa Melayu penuh ketika menulis status FB dan media yang lain

2. Buat perenggan baru tiap 3 baris ayat

3. Elakkan penulisan beremosi negatif ketika menulis

4. Tulis perkara-perkara positif, halalan toyyiban dan bersyariat sahaja. 

Salam Kejayaan
15 Komentar untuk "Kepentingan Pilih Sahabat"

alhamdulilah sangat bermanfaat entri ini

hebat..betul tu..salah pilih membawa masalah..

Bila baca tentang durian tu, automatik teringat dengan roommate dulu. dia baru sampai hostel, bawa bekal durian dari rumah. Penuh satu bilik dgn bau durian. Sy ni pulak anti dengan bau durian. Siap tak bangun satu hari gara2 mabuk bau durian yg dia bawa, tapi tak berani nak bagitau takut sebab dia terasa hati pulak memandangkan sy agak rapat jugak dengan dia. Lagipun taknak dia rasa bersalah jugak. :)

Assalamammualaikum... faizal,

wahhh.. kena pandai memilih sahabat nie...

mselim3

pls: pape faizal tetap sahabat mselim3 k... salam ukhuwah sesama kita

memang tak mudah nak pilih sahabat.. tp kalau dah jumpa hargai mereka sepenuhnya...

waalaikumussalam...terima kasih Mohd Selim, saya juga sahabat Tuan

jika bersahabat dengan orang baik insya-Allah kita akan terpengaruh dengan sifat baiknya.. begitu jualah sebaliknya..

selalunya, sahabat kita lah yg akan mencorak kehidupan kita skrg.. contoh kalau kawan dengan org baik, insyaAllah, baiklah kita jadinya..

Back To Top